Projek Pulau buatan yang akan dilaksanakan di Johor dikhabarkan sekarang ini sedang mengalami tekanan dan desakan kononnya mengakibatkan kehilangan tanah dan kehilangan mata pencarian penduuk setempat...adeh...kesian penduduk kawasan sekitar ini kena hasut dengan orang tak bertanggungjawab...mereka bukan tak tahu yang projek ini bukannya menggunakan tanah sedia ada malah tidak ada seinci pun tanah daratan diambil..namapun pulau buatan kan..
Sebut pulau buatan ni..bukan pertama kali kita dengar..kita bangga bila dengar projek Pulau Buatan ni dibina di negeri-negeri arab...tapi bila kita nak buat kat Johor ada saja suara-suara tak bertanggungjawab membangkang usaha ini...tengok bawah ni antara gambar pulau buatan..
Oklah di Johor, Projek pulau buatan ini dinamakan Forest City yang mana melibatkan pembinaan empat buah pulau buatan manusia di perairan Tanjung Kupang antara barat daya Johor dan barat laut Singapura, diusahasama antara pemaju terbesar dari China, Country Garden Holdings dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), milik kerajaan Negeri Johor.
Ada saja pihak cuba ambil kesempatan nak rosakkan pemikiran masyarakat..dulu pun masa Projek Rapid Pengerang nak buat..ada juga yang bangkang maca-macam..bila dah dapat pampasan semua senyap.penduduk setempat ni tak tahu apa-apa pun...mereka ni telah dimanipulasi dan dihasut dengan benda-benda tak elok tentang projek ni..ni kat Tg Pelepas pula...Projek Pulau buatan dikatakan menyusahkan penduduk...hurm...kesian penduduk setempat....
Untuk pengetahuan rakyat Johor khususnya masyarakat setempat Projek Pulau Buatan ni..Tiada tanah yang diambil sebab Forest City dibangunkan di atas tanah tambak, tiada kaitan dengan tanah PTP kerana tanah PTP adalah milik PTP dan PTP bukan kerajaan, mereka adalah syarikat. Setiap pemaju yang melakukan kerja-kerja penambakan itu akan dikenakan caj sebanyak 30 sen bagi setiap kaki persegi dan hasil kutipan dijangka mencecah kira-kira RM104 juta dan dari hasil kutipan tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Nelayan untuk diagih-agihkan kepada 1,800 ahli Persatuan Nelayan Johor Selatan yang mengalami kemerosotan punca pendapatan berikutan kesan kerja-kerja penambakan berkenaan.
Kebimbangan Singapura juga telah dijadikan sebahagian daripada bantahan kumpulan ini. Dengan rasa penuh tanggungjawab, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menjelaskan bahawa tiada sebarang tanah milik PTP diambil semula dan kawasan pembangunan Forest City tidak memberi kesan langsung kepada pelabuhan itu.
Maklumat lanjut korang boleh KLIK SINI