Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Transformasi PLKN - Perpaduan Kaum Dan Nilai Patriotisme Harus Diberi Keutamaan.

$
0
0

Gen-Y kini dan remaja pada era 10 tahun selepas merdeka amat berbeza sekali. Dahulu remaja era awal pasca merdeka sangat menjaga ketertiban maruah diri dan mempunyai semangat patriotisme yang sangat tinggi. Zaman semakin berubah, remaja dahulu dan remaja kini sudah banyak berubah. Peredaran zaman mempengaruhi factor perubahan karakteristik mereka.

Dalam memastikan kelangsungan ketertiban Gen-Y pada masa ini, Negara mempunyai satu program khas iaitu Program Latihan Khidmat Negara. Namun ianya perlu dimurnikan agar selaras dengan peredaran perkembangan semasa Gen-Y. Golongan ini amat penting kerana mereka ini modal insan yang menjadi aset berharga bagi Negara. 


Bak kata Mantan Presiden Indonesia, Soekarno :
“Jika aku ada 1000 malah seratus orang tua, pasti akan aku amankan dunia ini. Tetapi berikan daku 10 malah 1 pemuda berjiwa waja, pasti akan aku gegarkan dunia ini.”



Melihat akan betapa peripentingnya pembangunan remaja, kita bukan sahaja perlu menumpukan aspek pembangunan akademik formal di sekolah-sekolah melalui struktur silibus yang telah ditetapkan malah lebih besar dari itu yang mana pembentukan jati diri remaja perlu diperkasakan dengan lebih jitu.

Melihat akan kepentingan ini, saya mengambil modul pembangunan berkaitan jati diri dan kenegaraan yang telah 10 tahun dilaksanakan di Negara kita iaitu Program Latihan Khidmat Negara. Modul yang diguna sekarang ini perlu diselarikan dengan perkembangan remaja. Dalam era ini, remaja terlalu mudah terpengaruh dengan budaya luar yang mana semuanya mudah diperolehi hanya melalui pelayaran mobil telefon pintar mereka. Bagi membina jati diri mereka, kita perlu melihat aspek-aspek yang mampu mempengaruhi jiwa mereka terlebih dahulu...


Berdasarkan info grafik di atas, antara faktor besar yang mempengaruhi jiwa mereka ialah Teknologi, Media, Landskap Politik, Pendidikan dan sosialisasi dalam keluarga. Semua perkara ini jika dilihat hanya meliputi pembangunan remaja Gen-Y dalam diri mereka. Namun jika kita lihat dari konteks yang lebih besar, mereka perlu berdikari dan sesuaikan diri dengan hidup dalam masyarakat berbagai bangsa di Malaysia. Mereka perlu bersedia dan mampu menyesuaikan diri dalam pergaulan silang bangsa. Gen-Y perlu megetahui perkara-perkara yang patut dan tidak patut mereka lakukan bagi menjaga kepentingan bersama. Perkara-perkara sensitiviti perlu dijaga dan apa yang penting mereka perlu sedar dan tidak mudah terpengaruh bila 'dicucuk' dengan dakyah menjuruskan terhadap sensitiviti kaum ini.

Kekuatan negara Malaysia ialah perpaduan yang ada dalam setiap rakyat mereka, jika rosak perpaduan itu maka negara kita akan kacau bilau.Sekarang ini pun, kita lihat ada sahaja tuntutan yang tidak masuk akal. Ada yang mahu menuntut Akta Hasutan dimansuhkan. ada juga mahukan Akta Dadah Berbahaya dimansuhkan. Jika kita turutkan dan remaja kita pula terpengaruh dengan dakyah subversif ini, maka pembentukan perpaduan negara menjadi lebih sukar.


Jadinya menjadi tanggungjawab sebuah program yang rasmi seperti PLKN untuk membentuk dan memupuk betapa pentingnya perpaduan kaum antara rakyat. Malah, pecahan peserta pula perlu lebih konsisten yang mana penglibatan kaum bukan bumiputera perlu diperbanyakkan. Modul yang dilaksanakan selama 3 bulan ini perlu diselidik semula apakah ianya perlu ditambahkan tempoh ataupun tidak. Pembentukan jati diri, Perpaduan dan kenegaraan perlu dilaksanakan secara berterusan. 

Pada hemah saya, Majlis Latihan Khidmat Negara perlu membuat satu program besar iaitu konvensyen Alumni Peserta Program Latihan Khidmat negara bagi mendapatkan buah fikiran dan membincangkan penambahbaikkan PLKN ini agar pembentukan Gen-Y yang mempunyai jati diri, perpaduan dan penuh dengan semangat patriotisme dapat direalisasikan...insya'allah....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665