Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Laluan Bas Henti-Henti Di KL-Lembah Klang Disusun Semula Bagi Meningkatkan Kualiti Pengangkutan Awam. @SPADChannel

$
0
0
Laluan Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti
Di Lapan Koridor Sekitar KL & Lembah Klang
Bermula semalam 1 Disember, laluan perkhidmatan Bas henti-henti di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah disusun semula bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan perkhidmatan bas henti-henti dikawasan ini. 

Penyusunan ini telah dipecahkan kepada 8 koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Koridor Jalan Pahang, Koridor Ampang, Koridor Cheras, Koridor Sg Besi, Koridor Jalan Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan, & Koridor Damansara. Setiap bas dikawasan koridor ini akan dilabelkan dengan nombor bas mengikut kelas angka. Dibawah ini grafik pecahan 8 Koridor dan no Bas :

Penyusunan semula Laluan Bas ini akan memudahkan pengguna kerana setiap koridor mempunyai Stesen Integrasi Utama yang akan menghubungkan satu koridor ke koridor yang lain. Setiap koridor akan mempunyai rangkaian pengangkutan lain samada LRT, ERL, Monorel, KTM dan Bas..Ini akan mengurangkan masa menunggu penumpang yang mana kekerapan bas mengambil masa 5-30 minit sahaja bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Disamping itu, penyusunan ini akan melibatkan pengenalan beberapa laluan baru serta meliputi rangkaian laluan yang lebih besar. Selepas penyusunan laluan ini, ia menjadikan jumlah jarak perjalanan daripada 7,643km kepada 9,202KM yang mana akan memberi manfaat kepada 638,000 penumpang setiap hari.

Pada masa yang sama, penyusunan semula laluan Bas henti-henti atau Bus Network Revamp (BNR) ini akan mengurangkan ketidakseimbangan perkhidmatan bas di Greater Kuala Lumpur. Ia akan menyusun semula bas mengikut pengusaha bas supaya mereka tidak bersaing pada laluan terpilih sahaja. Bagi menyemak pengusaha bas mengikut laluan koridor boleh rujuk grafik di bawah :


Memang tidak dinafikan bahawa ada sedikit kesukaran kepada pengguna untuk memahami penyusunan ini. Di sini saya ingin kongsikan bagaimana pengguna hendak memahami laluan setiap koridor dan nombor bas yang terlibat dalam laluan yang ditetapkan selepas penyusunan Bas Henti-Henti ini. Anda boleh klik link pada 8 koridor di bawah untuk mengetahui laluan dan nombor bas yang melalui laluan yang ditetapkan.


Antara persoalan yang popular berlegar difikiran pengguna ialah adakah penyusunan ini akan menyebabkan kenaikan tambang..jawapannya kadar tambang tidak berubah dan termaktub sepertimana yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan pada tahun 2009...

Perubahan laluan ini sebenarnya bukan suka-suka dibuat oleh pihak SPAD, ianya telah dipersetujui bersama selepas SPAD membuat tinjauan dan mengaturkan pertemuan bersama pihak berkepentingan termasuk pengusaha bas...ini semua kerana mahu meningkatkan keupayaan pengangkutan awam Bas henti-henti di Kuala Lumpur dan Lembah Klang...

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk laman BNR di SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665