Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Ahli Parlimen Kota Tinggi Beri Kelengkapan #Back2School Kepada 1000 Anak Pelajar Di Kawasannya..Bukti Wakil Rakyat Pentingkan Pendidikan Anak-Anak!!!!

$
0
0

Cuti sekolah baru sahaja bermula seminggu tetapi Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid awal-awal lagi telah persiapkan anak-anak di kawasan Parlimennya dengan kelengkapan persekolahan untuk tahun hadapan..

Bantuan Persekolahan 'Back2School' ini telah diberi kepada para pelajar yang akan memasuki alam persekolahan pada tahun hadapan. Seramai 1,000 orang pelajar telah menerima bantuan daripada 26 buah sekolah dalam Parlimen Kota Tinggi..Bantuan yang diberikan berupa beg sekolah dan botol air minuman..

Pastinya anak-anak cilik ini gembira menerima keperluan ini dan tidak sabar menanti tahun 2016..ketika anak-anak ini gembira dengan beg sekolah dan botol minuman barunya pastinya ibu bapa dapat rasa sedikit lega dengan bantuan ini..jimat sedikit belanja untuk beg anak-anak mereka...

Program 'Back2School' ini telah diadakan pada 28 dan 29 November yang lalu. Bantuan ini telah diserahkan di Dewan SK Muzaffar Syar, Air Tawar 3, Dewan Kg. Felda Pasak, Kota Tinggi dan Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Easter Kota Tinggi.

Ini merupakan salah satu bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat setempat. Bercakap mengenai bantuan untuk pelajar sekolah Barisan Nasional sejak dahulu lagi amat menitik beratkan kebajikan anak-anak. Menyediakan keperluan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), memberi Pakej Makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada pelajar yang kurang berkemampuan, Memberi bantuan kelengkapan sekolah kepada pelajar yang tidak mampu, bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan kepada pelajar yang cemerlang dan 2, 3 tahun ini kerajaan BN telah memberi Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100. Ianya akan diteruskan pada tahun hadapan yang mana Bantuan RM 100 akan diberikan kepada pelajar yang penjaga mereka mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM 3,000.

Ketika ditemubual pada majlis berkenaan, Datuk Ehsanuddin berkata :
Pada pembentangan Bajet baru-baru ini, pelajaran mendapat peruntukkan RM41 bilion. Kerajaan melabur kepada pendidikan kerana pelajar yang berjaya bukan sahaja dapat membantu ibu bapa tetapi kepada kerajaan apabila mereka bekerja dalam pelbagai sektor kelak. 
Jelasnya, anak-anak yang kurang cemerlang juga tidak diabaikan kerana kerajaan menyediakan pelbagai peluang kemahiran atau vokasional. 
“Dalam Bajet 2016, kerajaan sediakan RM4.8 bilion bagi mensasarkan 1.5 juta pekerjaan baru berkemahiran TVET menjelang 2020. Ini termasuk utnuk lebih 400 ribu pelajar yang tidak berjaya masuk universiti. Mereka ini boleh mengikuti latihan di mana-mana 545 institut TVET,” -BNBBC
Bantuan 'Back2School' ini masuk tahun kedua dianjurkan oleh pihak Yayasan Mesra. Sebanyak RM 70 Ribu telah diperuntukkan untuk memberi kelengkapan ini kepada anak-anak yang akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan. 

Selain itu, pada majlis berkenaan juga Datuk Ehsan telah menyampaikan sumbangan daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kepada 200 asnaf yang akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan.

Kami di redaksi Harapan Esok mengucapkan tahniah kepada Yayasan Mesra, BNBBC & PLUS atas inisiatif ini bagi meringankan beban ibu bapa..berikut adalah beberapa keping gambar yang dirakam sepanjang program "Back2School"











Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665