Heboh sekarang ni dimedia sosial katanya ada pasangan menemui paket tisu muka MAS yang dikatakan dari pesawat MH370...aku rasa macam ada yang tak kena dengan laporan berita ini...
Pertama..Kalau diikutkan tarikh sebenar..sudah genap setahun insiden ini..maknanya kalau ia dibawa arus ombak sudah tentu kualiti paket tisu tersebut akan terurai dengan faktor masa..cuaca..air masin..
Kedua...kalau diamati seolah-olah ianya sengaja ditroll oleh pasangan yang mebdakwa menemui paket itu di pantai Cervantes barat Australia..lihat 2 gambar dibawah...gambar atas ada ranting kayu dan bawahnya pula tiada apa-apa ranting..
Ketiga..korang baca laporan berita dibawah dulu...
Tuala kertas kecil itu berada dalam paket tertulis Malaysia Airlines yang dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan selepas ditemui oleh sepasang suami isteri ketika berjalan di pantai di Cervantes pada Julai lalu, lapor Nine News.
Perasan tak apa yang aku perasan? Laporan tersebut menunjukkan paket tersebut ditemui pada Julai...julai bila?kapal terbang hilang bulan 3 tahun lepas..dan sudah tentu 4 bulan selepas itu ditemui paket tersebuy...maknanya penemuan tersebut ditemui pada Julai 2014...kenapa baru sekarang viral?
Keempat..jika benar penemuan bulan Julai tahun lepas...apa hasil ujian yang dijalankan? Laporan mengatakan paket teeaebut dihantar ke Canberra...takkan tak ada keputusan?
Kelima...apakah ini satu gurauan kerana berita ini nampak sangat tidak meyakinkan...jika berita salah tulia laporan kenapa plastik tersebut masih ok..dan yang paling penting logo MAS jelas kelihatan...korang fikirkanlah sendiri
Untuk tujuan semakan..korang boleh baca laporan berta yang aku petik dari Berita Harian si bawah...
CANBERRA: Penemuan satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai Barat Australia oleh sepasang suami isteri boleh dianggap petunjuk terbaharu bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 yang genap setahun pada Ahad lalu.
Tuala itu sedang dianalisis bagi mencuba dan mengesahkan sekiranya ia adalah dari pesawat yang hilang berkenaan.
Tuala kertas kecil itu berada dalam paket tertulis Malaysia Airlines yang dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan selepas ditemui oleh sepasang suami isteri ketika berjalan di pantai di Cervantes pada Julai lalu, lapor Nine News.
Pasangan itu yang menemui paket tuala itu berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."
"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.
The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil seperti tuala itu bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.
Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.
Baru-baru ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) mengeluarkan laporan interim setebal 584 muka surat. - Mail Online