Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

TERKINI! SPRM Sahkan Penahanan 2 Individu Kes Rasuah Anak Syarikat FELDA...

$
0
0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah menahan 2 individu atas tuduhan menyeleweng wang anak syarikat FELDA, FIC berjumlah lebih kurang RM 44 Juta.

Pengesahan tersebut telah dikeluarkan oleh Dato' Bahri Mohamad Zin, Ketua Bahagian Operasi Khas, SPRM melalui satu kenyataan media..

Menurut Bahri, "SPRM mengesahkan telah membuat tangkapan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah anak syarikat FELDA pada 1 Mac 2015. Beliau masih dalam tahanan reman sehingga 10 Mac 2015".

Turut ditahan seorang Ahli Perniagaan pada 26 Februari 2015. Dia ditahan reman sehingga 5 Mac 2015 dan disambung reman 4 hari lagi sebelum dibebaskan pada 7 Mac 2015.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, kedua-dua individu tersebut yang berusia 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menyeleweng wang anak syarikat FELDA berhubung pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai RM 44 juta..

Setakat ini, seramai 23 orang telah diambil keterangan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009.

Status siasatan masih diteruskan. Kenyataan ini telah menjawab tuduhan yang tersebar di media sosial bahawa FELDA mahu merahsiakan kes ini daripada pengetahuan pihak media.

Pada 2012, FELDA dan FGVH telah menandatangani ikrar integriti korporat dengan SPRM. Langkah tersebut bertujuan bagi memastikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat milik kerajaan agar akur kepada undang-undang terutamanya membabitkan isu perolehan dan aktiviti yang berkaitan dengan hasil.

Dalam menegakkan integriti, tiada apa perlu dirahsiakan terutama sekali kes melibatkan salahguna kuasa, penyelewengan dan rasuah.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665