Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Adakah Sita Teksi Tidak Guna Meter Mendidik Pemandu Lebih Integriti?

$
0
0

Sebut sahaja pasal teksi rata-rata yang pernah menggunakan perkhidmatan ini pasti resah tentang penetapan harga...takut ditipu...tidak guna meter...jika guna meter pemandu sengaja bawa laluan jauh..macam-macam lagi kerenah yang kita dengar dari ragam pemandu teksi yang tiada integriti..

Dek kerana masalah pemandu teksi yang beberapa ketul ni janganlah kita terus melabel semua pemandu teksi itu teruk...sama juga dengan penjawat awam terima rasuah...kerana beberapa kes kita tidak boleh menjatuhkan hukuman semua penjawat awam menerima rasuah...

Pemandu teksi yang disaman, disita kerana tidak menggunakan meter ini kita kerap dengar di peti televisyen dan media massa..malah semua pemandu teksi mengetahui akan kesalahan tersebut...apa yang patut dan tidak patut dilakukan sebagai pemandu teksi..namun kenapa masalah pemandu teksi tidak mengguna meter masih lagi berlaku?

Nak salahkan pihak berkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak menjalankan operasi kah?atau undang-undang terlalu longgar sehingga pemandu teksi berani sewenang-wenangnya tidak menggunakan meter...Untuk rekod, pada tahun lalu sahaja sebanyak 24,000 aduan kesalahan dilakukan pemandu teksi diterima yang mana sebanyak 40 peratus daripadanya melibatkan teksi tak guna meter.

Pada tahun ini bermula 21 Jan hingga 12 Februari, SPAD telah menjalankan "Ops Tegas" yang mana mencatatkan sebanyak 82 buah teksi telah disita kerana kedegilan pemandu teksi mematuhi undang-undang tidak menggunakan meter. Sepanjang tempoh operasi ini, SPAD menerima laporan membabitkan 481 kes kesalahan penetapan kadar tambang, enggan ambil penumpang dan tiada kad memandu.

Sejurus tamat Ops Tegas, Ketua Pengawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, pihaknya memberikan tumpuan kesalahan teksi tidak menggunakan meter kerana menerima aduan tertinggi.

“Kita pandang serius perkara ini bagi menaikkan imej pengangkutan awam selain meningkatkan integriti dan prestasi terhadap orang awam. Kita turut menyamar bagi mengesan pengguna teksi yang gagal patuhi peraturan di beberapa lokasi ‘panas’ seperti pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT),” katanya lagi

Ketua Unit Penguatkuasa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad yang ditemubual turut menyatakan pihak SPAD bertegas terhadap kes kesalahan pemandu teksi melanggar undang-undang.
"Cara paling berkesan sekali ada lah dengan merampas teksi mereka , dan kami tidak akan kompromi dalam hal ini” kata Che Hasni.


Ketegasan pihak SPAD ini mendapat reaksi berbeza daripada Pengerusi Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputera (PERBUMI) yang mendakwa tindakan SPAD menyitar dan mengantung lesen pemandu teksi yang melanggar undang-undang adalah keterlaluan.

Pada hemah saya, undang-undang yang ada sekarang ini cukup tegas namun pemandu-pemandu teksi ini tidak pernah serik..setiap kali operasi dan penyamaran dilakukan pasti kesalahan rutin tidak mengguna meter dapat dikesan.

Sebagai pengguna, kita memerlukan perkhidmatan teksi yang berkualiti. Bila masalah rutin ini sentiasa berlaku, masyarakat semakin hari akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan teksi biarpun yang buat onar hanya beberapa pemandu sahaja.. pemandu-pemandu ini memang sudah tahu akan undang-undang tetapi mereka masih lagi lakukan masalah yang sama..pandangan saya, SPAD perlu melancarkan kempen seperti "Saya Pemandu Integriti" atau seumpanya..pemandu-pemandu ini perlu diberi kursus tentang kesedaran integriti..

Golongan pemandu ini perlu dikembalikan roh integriti dalam perkhidmatan mereka..barulah mereka akan amanah ketika berkhidmat...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665