Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

#CNY - 3 Harapan Datuk Seri Liow Tiong Lai Sempena Tahun Baru..

$
0
0

Sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai harapan tersendiri bagi memastikan kemakmuran Malaysia ke satu tahap yang lebih matang..dalam perutusan Liow sempena Tahun Baru Cina, beliau telah menekankan 3 harapan yang mana prospek tersebut merangkumi :
  1. Kejayaan dalam sektor ekonomi negara yang mapan
  2. Perpaduan solidariti dalam politik berteraskan kesederhanaan demi generasi masa depan negara
  3. Pengukuhan dalam bidang pendidikan bagi memupuk masyarakat yang patriotik

Ketiga-tiga impian ini bukanlah perkara yang sukar dicapaikan..asas untuk merealisasikan impian ini terletak dalam individu sendiri yang mana perlukan kemajuan dalam bidang ekonomi, perpaduan dan pendidikan..Batu asas merealisasikan impian ni perlukan kesedaran dan menjaga sensitiviti semua masyarakat tanpa perlu menyentuh hal-hal sensitif sehingga menganggu gugat kestabilan sosial..

Setakat ini, MCA telah melancarkan kempen ‘Stronger Together’ yang mana kebersamaan dalam setiap aspek kehidupan perlu bagi memelihara perpaduan seterusnya mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia..

Perutusan Presiden MCA ini, jika diamati beliau tidak suka akan perselisihan dan lebih berpandangan kehadapan dengan 3 teras harapan menjadi nadi setiap individu...buktinya ketika negara kita dilanda musibah banjir baru-baru ini, masyarakat Malaysia sebenarnya mempunyai kesedaran ekstrinsik membantu mangsa banjir ini dari berbagai bentuk bantuan..kebersamaan ini sudah wujud namun sebagai masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian bangsa kita perlulah menyedari betapa pentingnya menjaga sensitiviti orang lain...

Masyarakat kita lebih peka terhadap sesuatu isu kecil yang digembar gemburkan sehingga menjadi viral..dalam pada kita menumpukan anasir subversif ini, kita sebenarnya telah membiakkan virus ketegangan dalam masyarakat..disebabkan hal ni, Datuk Seri Liow mengingatkan bahawa zaman teknologi ini perlu berhati-hati dan lebih sedar akan domain afektif bagi menjaga perasaan semua masyarakat...beliau menegaskan agar masyarakat tidak ekstreme dalam sesuatu perkara menjurus kepada kehancuran negara...

Mengenai perkembangan ekonomi semasa negara, Liow telah meminta semua rakyat Malaysia bersolidariti dan percaya akan kewibawaan YAB Perdana Menteri untuk menangani cabaran ekonomi akibat penurunan harga minyak dunia..YAB Najib Razak telah menyemak semula belanjawan 2015 bagi menyelia kesesuaian dengan ekonomi negara menghadapi tekanan ekonomi dunia yang tidak menentu...

Sempena tahun baru Cina yang juga dikenali tahun Kambing, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina..semoga tahun ini akan memberi harapan baru yang lebih segar kepada masyarakat ini meneruskan legasi tradisi kekeluargaan yang mereka amalkan...saksikan video ucapan DSLTL sempena Tahun Baru ini...

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665