Berita ini pasti tidak mahu didengar oleh macai-macai Pakatan pro DAP..1MDB berjaya membuat pembayaran kepada Petroleum Investment Company PJSC (IPIC) lebih awal berbanding perjanjian awal iaitu 31 Disember 2017...
Ini semua hasil daripada kejayaan program Rasionalisasi 1MDB yanh sedang berlangsung..jumlah yang dibayar ialah RM 2.45 billion..
Ini bermakna satu lagi tuduhan pembangkang terhadap 1MDB berjaya dipatahkan dan mereka kini sedang mengalihkan perhatian rakyat kepada pengundi Pos pula..
Mereka sengaja lakukan serangan tersebut kerana mahu menutup kisah kejayaan 1MDB membayar sebelum tarikh yang ditetapkan..bukan mereka tidak yang SOP undi POS amat adil dan telus...
Berikut kami kongsikan potongan akhbar :
Langkah itu telah memaksa IPIC, yang merupakan syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi, membawa tuntutan arbitrasi di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan kerajaan berhubung tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion (RM26.4 bilion).
Susulan itu, 1MDB bersetuju untuk membayar AS$1.2 bilion (RM4.9 bilion) dalam dua kali ansuran kepada IPIC dengan pembayaran pertama bernilai kira-kira AS$600 juta pada 31 Julai 2017.
Namun 1MDB gagal memenuhi tarikh akhir berkenan ekoran keperluan untuk mendapatkan kelulusan kawal selia dan membuat pembayaran yang diperlukan pada bulan Ogos lalu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London semalam, IPIC berkata, ia kini telah menerima kesemua dana yang diperlukan menjelang 31 Disember di bawah penyelesaian yang dibuat dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan 1MDB.