Tan Sri Annuar Musa dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO yang harus ditumbangkan Pakatan Harapan..
Serangan demi serangan TSAM ke atas DAP, Mahathir dan Pakatan membuatkan kem pembangkang sangat tidak selesa..ibaratnya setiap isu yang keluar dari mulut TSAM nahkoda Pakatan kacau bilau seperti dilanda ombak besar...
Jadi bagi menjatuhkan imej TSAM yang dilihat ancaman terbesar pakatan maka serangan untuk memburuk-burukkan TSAM perlu dilakukan segera sebelum lebih banyak pendedahan dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO itu...
Pakatan hendak menyerang TSAM ke atas salahguna kuasa menaja skuad bola sepak Kelantan sudah tidak berjaya..jadi cari punya cari maka mereka perlu menyerang MARA agar dapat mengaitkan isu MARA dengan TSAM..
Inilah agenda utmanya..sebelum kami menulis lebih panjang eloklah pembaca menghayati video di bawah untuk mendengar ucapan pemimpin pembangkang..
Dengan memasukkan angka maka tugas fitnah nampaknya mudah kerana orang Malaysia lebih mudah percaya tanpa menyiasat kesahihan maklumat tersebut...
Dalam video berkenaan pemimpin Pakatan itu menyatakan TSAM telah terlibat dalam skandal pembelian bangunan di Australia..
Sebenarnya isu berkenaan telah berlaku di era kepimpinan pemimpin pembangkang , DS Syafie Apdal ketika dia menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan kroninya..
Nampaknya pakatan telah melakukan "Friendly Fire"..tidak hairanlah orang yang bermasalah sepertinya Syafie Apdal telah dibuang UMNO...
Kita cabar pemimpin pakatan berkenaan keluarkan bukti yang menunjukkan TSAM terlibat dalam transaksi tersebut...
Keduanya..TSAM sebenarnya telah menyelamatkan MARA dari terus disalah erti masyarakat tetapi orang yang hendak membetulkan keadaan pula dituduh perosak MARA..ini tidak adil baginya..
Ketika TSAM menjadi Pengerusi MARA, beliau telah meluluskan rasionalisasi Mara Incorporated (Mara Inc.)..hasil penubuhan Mara Inc. ini beberapa aset di Australia telah dijual dengan keuntungan dan semua pinjaman Mara Inc. Di Australia telah dijelaskan..
Sekarang ini MARA hanya ada dua aset sahaja di Australia..itu pun tiada hutang dan semuanya mencipta keuntungan dan memberi pulangan hang positif..
Adalah tidak benar jika kita hendak mengatakan Mara Inc. rugi..
Sepanjang TSAM di MARA, beliau telah meminta kes ini disiasat dan memberi kerjasama dengan SPRM..selain itu, TSAM juga mahukan siasatan Audit luar dan forensik..
Sebenarnya hasil kebijaksanaan TSAM inilah berjaya menyelamatkan MARA dari terus diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab membuatkan nama MARA terus tercemar..
Janganlah terikut-ikut rentak pembangkang..mereka sengaja mengaitkan TSAM dan MARA bagi memberi imej buruk kepada UMNO....jika hendak mendedahkan isu ini sepatutnya pemimpin pakatan kaitkan dengan Syafie Apdal..itu mustahil dilakukan kerana ia akan memberi tamparan buruk buat mereka..