Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Kerajaan Kota Janji!!Beri Lesen Individu dan Geran Kepada Pemandu Teksi Bebas Daripada Sistem Pajakan!!!

$
0
0

Kerajaan mengotakan janjinya untuk meningkatkan industri pengangkutan awam darat Pemandu Teksi melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Pada tahun ini sehaja seramai 908 pemandu teksi telah menamatkan kontak pajakan mereka dengan syarikat pengendali..daripada jumlah itu seramai 439 pemandu telah menerima geran tunai RM 5,000...

Sebelum ini, pemandu teksi sering merungut kerana pendapatan mereka terjejas..kerajaan telah mengambil bermacam-macam inisiatif untuk meringankan beban pemandu teksi..dulu pernah memperkenalkan bantuan tayar..isurans..pemeriksaan puspakom..

Sehinggalah perkhidmatan UBER dan Grab (E-Hailling) mendarat di negara kita..kerajaan memikirkan bantuan perlu diteruskan kepada pemandu teksi tetapi dengan pendekatan berbeza..sebab itulah program TITP ini diwujudkan bagi membebaskan pemandu teksi daripada cengkaman syarikat pengendali..tak cukup dengan itu bantuan geran RM 5,000 juga diperkenalkan untuk membeli model kenderaan baru..

Dunia pesat membangun, perkembangan teknologi perkhidmatan E-Hailling semakin mendapat tempat dihati rakyat..jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berpesan kepada semua syarikat-syarikat E-Hailling seperti UBER dan GRAB agar memberi keutamaan kepada pemandu teksi konvensional untuk menggalakkan lebih ramau pemandu sedemikian menggunakan aplikasi mudah alih e-hailing.

YB Nancy berkata ketika Majlis Pemberian Lesen Individu dan Geran kepada Pemandu Teksi  "Seramai 300 pemandu teksi telah dianugerahkan Surat Tawaran Kelulusan (STK) bagi mendapatkan lesen teksi individu di 'Majlis Penyampaian STK Bagi Permit Teksi Individu dan Geran Tunai."


Galakan E-Hailing ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada pemandu teksi untuk menambahkan pendapatan mereka disamping memudahkan pengguna.

Menurut Nancy "Kami percaya bahawa pemandu teksi konvensional lebih setia dalam memberikan perkhidmatan teksi, mereka tidak akan meninggalkan pekerjaan atau menipu kerana ia merupakan sumber utama pendapatan mereka,"

Terdapat 12 aplikasi mudah alih e-hailing lain yang diperkenalkan oleh syarikat tempatan yang membolehkan pemandu teksi konvensional lebih kompetitif dan mendapat lebih banyak pendapatan.Buktinya apabila ada pemandu teksi konvensional yang tidak semat makan kerana terlalu ramai pelanggan.

"Saya dimaklumkan bahawa pemandu teksi konvensional yang telah mendaftar diri dengan perkhidmatan e-hailing mengadu bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk berhenti untuk makan kerana mereka menerima terlalu banyak pelanggan.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang berjaya memperkenalkan aplikasi mudah alih kepada pemandu teksi. Ini adalah maklum balas yang sangat baik.

"Saya juga dimaklumkan bahawa adab-adab dan imej pemandu teksi konvensional juga bertambah baik," katanya.

Kami ingin mengucapkan syabas kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan kerajaan Malaysia yang sentiasa peka dengan nasib pemandu teksi dulu, kini dan selamanya...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665