Hari ini dunia politik tanah air penuh dengan drama..Si Rafizi dengan kebodohannya apabila tersalah orang yang mana cuba mengaitkan Dato Abdul Rahman Dahlan dalam tender kontrak Expo Negaraku..
Rafizi punya bodoh sampaikan nama orang Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd adalah adik beradik Dato Rahman Dahlan..
Bila kebodohan dihukum Rafizi menghilangkan jejak dan deleted video rakaman tersebut..tak berani Rafizi masukkan kt FB dia..takut kena saman!!
Selain itu, BN diserang katanya mengadakan perbincangan dengan Parti Komunis China..habis macai menuduh Malaysia berkawan dengan komunis..
Hello!!!kami nak cakap Parti Komunis China tu parti pemerintah kerajaan China..BN adakah mesyuarat dua hala kongsi strategi politik kejadah apa yang salahnya..kerana Parti Komunis??
Kami nak macai ni buka minda seluas-luasnya...baru-baru ini Peminpin Pakatan Selangor Azmin Ali ada menjalinkan kerjasama dengan kerajaan China.
Sebagaimana sebelum ini kami katakan..kerajaan China dipimpin Parti Komunis..kenapa tak nak balun kerajaan Selangor jalinkan kerjasama dengan komunis??
Bila pakatan buat macai-macai terus jadi bodo..haha!!
Azmin ke China tidak memperjuangkan Komunis, tetapi BN ia automatik akan dituduh memperjuangkan Komunis
Jalinan CPC Dan BN
War-war di media sosial hari ini apabila tersebar imej yang memaparkan mesyuarat diantara parti teraju negara Barisan Nasional dan parti utama China, The Communist Party of China.
Apakah ini bermakna Malaysia menuju kearah komunisme?
Apakah BN umpama meludah ke langit apabila portal-portal dan penyokong BN terus-menerus melabel Lim Kit Siang sebagai komunis?
Jangan gelabah.
Meski gambar menceritakan 1001 kisah, penjelasan sebenar masih ada.
Hakikatnya Malaysia dan Barisan Nasional sudah lama mempunyai perhubungan dengan parti-parti politik dari luar negara.
BN telah menjalin kerjasama dengan sebanyak 20 parti daripada 16 negara, parti-parti seperti BJP dari India, Fatah dan Hamas dari Palestin dan ya, CPC telah lama bertandang ke Malaysia lebih-lebih lagi di kala Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung.
Mengapakah mereka tidak mengaitkan BN dengan keganasan apabila berjumpa dengan Fatah atau Hamas?
Apakah jalinan dengan parti politik lain daripada luar negara akan mengubah pendirian BN di Malaysia?
Jalinan yang dijalankan adalah diatas dasar diplomasi, jikalau namanya ada tertera komunis, bukan itu yang BN akan kutip daripada perhubungan itu.
Menteri Besar Selangor Azmin Ali juga ada ke China, dan agak-agaknya pemimpin yang dijumpai dari parti mana, tentulah CPC!
Adakah ini bermakna Azmin juga ingin memperjuangkan komunisme?
Banyak manfaat yang Malaysia garap daripada perhubungan dua hala bersama CPC dari sudut perniagaan bukan kerana perhubungan nama semata-mata