Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Lawatan @NajibRazak Ke Amerika Dedahkan Sikap Buruk Pakatan..Hanya Sandiwara Politik Murahan...

$
0
0

Baru-baru ini DS Najib Razak telah mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat untuk bertemu Presiden Trump dalam usaha untuk jalin kerjasama dua negara..

Dari awal lagi peminpin pembangkang tidak berkenan..terutamanya Mahathir..Pertemuan Najib dan Trump membuatkan Mahathir dan semua macai pembangkang sakit mata..

Sebelum Najib berlepas ke Amerika lagi mereka sudah memainkan sentimen kebencian..barangkali mereka jeles kerana Najib tidak perlu merasuah pihak ketiga untuk mengadakan pertemua dengan Presiden Amerika..

Jejak sahaja kaki Najib ke Amerika..beliau telah diberi layanan kelas pertama...Trump sanggup melanggar protokol untuk menghantar Najib ke kereta...

Tuduhan pembangkang bahawa pertemuan Najib dan Trump hanya 5 minit adalah fitnah semata-mata..mereka memfitnah dengan hanya bersandarkan kepada video beserta transkrip yang dikeluatkan White House..video tersebut hanyalah ucapan pembukaan yang disampaikan oleh kedua-dua peminpin untuk direkodkan oleh wartawan..

Seterusnya pembangkang terus mengkritik warna tali leher..kalau dah tak suka berjabat tangan pun mereka kata haram...

Apa yang kami ingin kongsikan hasil daripada lawatan berkenaan ialah DS Najib sudah tentu membawa sesuatu untuk Malaysia..jika ikut logik apa guna pergi lawatan ke luar negara tanpa membawa sesuati untuk negara kita...level Perdana Menteri mana sama dengan pemimpin pembangkang yang kita tahu taraf mereka low class!!

Isu seterusnya berlaku apabila KWSP mengumumkan akan membuat pelaburan di Amerika..persepsi bahawa Pelaburan KWSP untuk membantu ekonomi Amerika semata-mata adalah fitnah jahat semata-mata..

Sudah tentu KWSP sudah membuat keputusan mengenai apa dan bagaimana bentuk pelaburan yang bakal dijalankan sebelum Najib ke Amerika..keputusan yang di buat KWSP adalah berdasarkan kepada pulangan untuk negara...

Pelaburan KWSP adalah dalam bentuk dana dan ekuiti yang mana akan memberi manfaat melalui dasar yang mana Trump menekankan untuk membina semula insfastrujtur Amerika..

Jika pemimpin sebelum ini banyak yang berpendapat mahu membawa pelabur Amerika ke Malaysia untuk melabur ke negara kita tetapi sebaliknya dilakukan Najib apabila kita pula yang melabur ke Amerika..apakah itu keputusan yang tidak bijak?

Bagi yang tidak tahu..Lebih 5.5 peratus majoriti dividen yang diterima pencarum KWSP sejak 2009 adalah hasil dari pelaburan luar negara yang dijalankan KWSP..mengapa bila Najib ke Amerika untuk membuat perkara yang sama dipertikaikan pembangkang..

Tahukah anda tujuan pelaburan KWSP ini ibarat serampang dua mata yang mana selain membawa keuntungan kepada Malaysia ia juga membantu menyelamatkan matawang ringgit dari mengalami susut nilai...

Berikutan tuduhan pembangkang mengenai pembelian kapal terbang boeing di Amerika bernilai RM 42 Bilion (AS$ 10 bilion)...

Najib membidas sikap pembangkang yang tidak cerdik..menuduh tanpa usul periksa..

Keputusan untuk membeli pesawat daripada USA dibuat sendiri oleh Malaysia Airline Berhad (MAB) sejak Julai 2016 lagi..

Beliau hanya menyampaikan hasrat MAB sahaja..dalam urus niaga pembelian kapal terbang Najib menjelaskan hanya ada 2 pilihan iaitu Boeng ataupun Airbus..

Ini merupakan salah satu langkah MAB untuk memulihkan syarikat itu daripada terus rugi..jika hendak berkata tentang orang yang merosakkan MAS eloklah anda berfikir siapa yang menswastakan MAS..dan kerajaan terpaksa bailout dan kerajaan terpaksa membeli 3 kali ganda..

Nak bersaing dalam industri penerbangan kapal terbang mestilah canggih..baru orang yakin untuk naik..kalau ikut logik macai..pesawat pun guna yang sudah usang..lepas tu komplain rugi..kerajaan pula kena tanggung biawak hidup...

Apa yang pasti lawatan Najib ke Amerika adalah atas undangan khas Trump yang menjemputnya ke Amerika..lawatan ini juga secara tidak langsung menafikan tuduhan bahawa CIA dan FBI memburu Najib dalam kes 1MDB..

Pastinya yang paling kecewa dalam hal ini ialah pemimpin pembangkang!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665