Baru-baru ini umat Pakatan Harapan memperlekehkan sidang media oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib berkenaan kemasukan semula Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Mt Taib...
Kemasukan semula ke dalam UMNO bukan perkara baru..Top Dog pakatan sendiri pernah mengumumkan kemasukan semula dalam UMNO selepas dia protes keluar parti ketika kempen menjatuhkan Pak Lah dulu..
Kini pemimpin dalam parti Bersatu pula dikhabarkan ramai keluar parti..namun tidak pula menyatakan akan masuk UMNO semula..ia amat dibimbangi oleh pemimpin atasan Bunga..
Mahathir sendiri turut bimbang dengan menghina mereka ini sebagai sampah...boboi menyatakan kebimbangan tentang pengunduran pemimpin bersatu..lihat bawah...
Mereka seolah-olah mahu menyalahkan UMNO..sedar atau tidak parti UMNO ini parti berdaulat..parti UMNO ini parti keramat..parti UMNO mempunyai DNA sendiri...
Semangat UMNO ini tidak dapat ditiru oleh mana-mana parti..ia adalah original..
Semua pemimpin yang keluar UMNO telah masuk parti lain..paling tidak pun menubuhkan parti baru..namun ianya langsung tidak melemahkan UMNO sejak dulu lagi..
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan yang parti UMNO ditubuhkan berpaksi kepada agama Islam dan penyatuan semua pihak tanpa mengenepikan bangsa lain..
Kekuatan UMNO tidak boleh ditiru kerana ia datang semula jadi biarpun ramai pemimpin sudah keluar parti..namun kerana sifat UMNO ini dibentuk dalam masa yang panjang dan mempunyai DNA yang istimewa tidak hairanlah ada pemimpin yang telah isytihar keluar UMNO dan berjuang untuk pembangkang kemudian umum masuk UMNO semula..
Menurut Tan Sri Annuar lagi "UMNO wujud kerana Islam dan dalam Islam cakap membentuk pemerintahan itu satu kewajipan, satu fardhu kifayah menjadi asasnya"
"UMNOlah parti yang menyatu padukan orang Melayu, yang awal-awal penubuhan mencintai orang Cina dan India, yang memberi tempat dengan redha..inilah kenyataannya"jelas Annuar lagi.
Disebabkan keikhlasan UMNO dan sifat Islam inilah kita terbuka menerima sesiapa sahaja yang telah insaf dan kembali kelandasan UMNO semula seperti Tan Sri Mat Taib..