Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all 1665 articles
Browse latest View live

Menteri Potong Kad Kredit HSBC Tanda Protes!

$
0
0

Susulan tindakan HSBC yang menutup akaun milik pertubuhan-pertubuhan Islam yang penyokong Palestin..Semalam seorang menteri telah bertindak membatalkan kad kredit HSBC dan memotong kad kredit tersebut...

Memang hebat...

Pengusaha BAS Punca Kesesakan Di CIQ Perlu Jawab Notis Temu Siasat Kepada SPAD Dalam Masa Terdekat...

$
0
0

16 Syarikat pemandu BAS yang didapati protes di CIQ telah diberi notis oleh SPAD untuk memberi keterangan bagi membolehkan pihak siasatan lanjut dijalankan..kalau nak ikutkan dari pemberian notis tersebut..dalam masa terdekat ini pihak pengusaha Bas kena beri keterangan berkenaan insiden yang menyebabkan kesesakan teruk di CIQ minggu lalu....

Keterangan balas oleh pengusaha BAS ini penting untuk kita mencari solusi terbaik..memang agak tertekan selepas Singapura menaikkan caj VEP hampir RM 100..apapun kita tunggu apa jawapan dari pihak Syarikat Pemandu BAS tersebut dalam masa terdekat ini...
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap syarikat-syarikat berkenaan untuk datang dan memberi keterangan kepada pihaknya dalam tempoh berkenaan bagi meneruskan proses siasatan yang akan disiapkan pada minggu depan. 
"Tindakan mereka ini telah menyebabkan kesesakan luar biasa malah perbuatan itu mendatangkan kesusahan terhadap rakyat terutama sekali mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut selain pengguna jalan raya yang lain. 
"Kita telah membuka kertas siasatan dan menghantar notis untuk mengenalpasti jenis kesalahan yang mereka lakukan, kemudian sekiranya didapati melanggar syarat-syarat permit kenderaan, kita akan ambil tindakan," katanya ketika dihubungi semalam. 
Semalam, sekumpulan pemandu bas kilang melancarkan mogok serta enggan memasuki Singapura akibat tidak puas hati dengan kadar kenaikan tol yang dikenakan untuk keluar dan masuk negara ini di CIQ. 
Kejadian tersebut sekali gus menghalang pergerakan kenderaan di lebuh raya itu dan memaksa ribuan penumpang yang terdiri daripada pelajar sekolah serta pekerja kilang berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor untuk ke Singapura. 
Tambah Che Hasni, tindakan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa peruntukan penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah. 
"Selain itu, SPAD juga boleh menggantung serta membatalkan permit kenderaan mereka bergantung kepada hasil siasatan dan saya difahamkan pihak polis turut mengambil tindakan atas kesalahan menghalang lalu lintas. 
"Sebenarnya perkara begini boleh dibawa berbincang, pihak SPAD sentiasa membuka ruang untuk rundingan sekiranya ada perkara yang ingin disuarakan, jangan bawa ke jalanan dan menyusahkan orang ramai," jelasnya. 

HE : Untuk Rekod No Pendaftaran BAS yang dikatakan terlibat..JDT 6408 yang dipandu oleh Chandran P.Gopa (ketua pemogok), JDA 7600, JEJ 6299, JCD 1656, WHT 959, DBM 778, JCB 4871, JDL 2306, WHC 959, JCB 487, JCW 4761, JNE 1881, JCG 487, MAB 9074, BJD 1349, JDT 3553, NAP 7903 dan JEJ 6299...Kronologi kes Klik SINI

Tun Mahathir Pemimpin Islam Yang Lantang Menentang Israel....

$
0
0


Cerita Tentang Ayahanda Tun Dr Mahathir yang perlu umat Islam Malaysia tahu!

Terima Kasih pada sahabat kita Tuan Rahim kerana mengarang maklumat ini dengan sempurna.

TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Baca Kisah Selanjugnya di SINI

MB Khalid Ibrahim Dipecat PKR...#KonflikPKR

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014
Nahh

Muafakat Raya Sasar Kumpul RM 30,000 Untuk Tabung Gaza.. @YayasanMesra @muhyiddin_my @KhaledNordin @MPKotaTinggi

$
0
0

Pada 16 Ogos 2014 ini, bertempat di Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi, seluruh rakyat Rakyat Johor berpeluang menghadiri majlis Muafakat Raya anjuran Pejabat Daerah dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi...

Program Muafakat Raya ini agak istimewa apabila 2 pemimpin tersohor dari Johor iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin akan menghadiri Majlis Muafakat Raya ini...

Pihak penganjur turut menyediakan 20 hingga 30 gerai makanan bermula dari jam 4 petang hingga 10 malam...

Pada majlis tersebut juga akan diadakan kutipan Tabung Gaza yang mana hasil kutipan tabung akan diserahkan pada malam tersebut kepada Media Prima...Setakat ini, Yayasan Mesra sudah mengesahkan akan menyumbang sebanyak RM 10,000 kepasa tabung Gaza...Yayasan Mesra turut menyumbangkan sebanyak RM 15,000 untuk para pemenang keceriaan gerai...Yang menariknya di sini ialah semua bakal pemenang akan menyumbangkan duit kemenangan masing-masing kepada Tabung Gaza....

Pada sebelah malam, banyak aktiviti akan diadakan seperti persembahan artis, bacaan syair dan sajak...Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin turut tidak melepaskan peluang apabila bakal mendeklamasikan sajak pada malam itu...

Jumpa di sana....


3 Gambar @Anwaribrahim Sambut Hari Lahir DenganTiupan Lilin Tanpa Khalid Ibrahim Di Sisi....

$
0
0



Tatkala pergolakan politik di Selangor sedang teruk..Anwar pula curi masa sambut hari jadinya dengan pemimpin2 DAP....cukup sekadar sebiji kek dan sebatang lilin untuk ditiup...

Kemesraan DAP makin intim apabila dengar kata mereka setuju untuk Khalid Ibrahim ditukarkan...pergh!takkan nego kosong-kosong saja.....

Apapun selamat hari tua Bapak Anwar Bin Ibrahim...bawak2lah bertaubat..

Terkini!!! @Khalid_Ibrahim Tidak Letak Jawatan...Sultan Perkenan Untuk Terus Bekhidmat...

$
0
0

Syabas...rakyat Selagor seharusnya bersyukur kerana Khalid terus memimpin Selangor dari diragut oleh pihak yang gila kuasa dan rakus....

Sekarang kuasa kekal di tangan Khalid...adalah lebih elok Khalid bersihka barisan exconya untuk memastikan Selangor terus kekal harmoni dari rampasan kuasa...


Sidang Media Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tarikh : 11/8/2014, Isnin
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Tingkat 22, Bangunan SUK, Shah Alam.

VIP : Tan Sri Khalid Ibrahim

Kenyataan Media :
1. Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11/8/2014, 9 pagi di Istana Alam Shah, Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

2. Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 09 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

3. Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

4. Saya telah memperjelaskan bahawa disebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. [Menurut Artikel 53 (2b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 4 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), 4 EXCO tersebut dari PAS]

5. Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Pertanyaan Wartawan
1. Ditanya oleh wartawan sama ada beliau bersedia mempertimbangkan tawaran PAS untuk menyertai parti tersebut? Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau belum memikirkan perkara itu kerana keutamaan beliau ketika ini ialah membersihkan diri daripada tohmahan PKR.

2. Menjawab pertanyaan wartawan sama ada pembubaran DUN ada dibincangkan dalam pertemuan bersama DYMM Sultan Selangor tersebut? Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pembubaran DUN tidak dibincangkan.

3. Menjawab pertanyaan wartawan sama beliau bersedia mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS dan UMNO? Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau belum memikirkan perkara itu lagi.

Ulasan :
1. Sidang media petang ini telah meleraikan teka-teki yang menjangkakan akan berlaku pembubaran DUN Selangor dan PRN Selangor yang menjadi perbincangan hangat rakyat ketika ini.

Utk makluman Adun PKR yg bersama TSKI ada 4 org (termasuk dirinya), Adun DAP yg bersama TSKI ada 2 org, dan Adun PAS yg bersama TSKI ada 12 org. Ditambah bersama Adun BN 12 org menjadi 30 org utk membolehkan TSKI kekal menjadi MB.


Berita Baik Untuk Pengusaha Bas Sekolah Ganti BAS Baru!!! Tawaran Rebat RM 10,000 Dalam SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D.

$
0
0

Berita baik untuk para Pengusaha BAS Sekolah apabila kerajaan telah bersetuju dalam Pengumuman Bajet 2013 untuk memberikan Rebat sebanyak RM 10,000.00 dan bayaran kadar faedah tetap 2% ke atas pinjaman untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru.

Seringkali kita lihat pengusaha BAS sekolah masih lagi menggunakan bas-bas lama yang mana usia Bas tersebut sudah melebihi 25 tahun..Sebagai ibu bapa pun kita mahukan keselamatan anak-anak kita terjamin dengan kualiti dan keselesaan anak-anak kita berada dalam keadaan yang baik...

Jadi artikel ini kungkin penyelesaianya...ibu bapa boleh war-warkan perkara ni kepada pemandu-pemandu BAS Sekolah yang berkira-kira nak tukar Bas Baru...sapa nak bagi duit rebat sebanyak RM10,000 kan..jadi rebutlah peluang ini...

Aku perasan ada dalam kalangan pemandu BAS yang mengambil ringan dan secara semberono membawa pelajar sekolah melebihi kapasiti penumpang bas yang telah ditetapkan....yelah mungkin kita fikir...ini perkara biasa...tak jadi apa kita pun tak ambil kisah sangat...cuba kalau jadi hal mesti masa tu kita baru nak salahkan pemandu-pemandu bas...

Justeru itu, kita sebagi ibu bapa perlu saling ambil berat akan perihal ini..jangan kita fikir aku sudah bayar..jadi aku serahkan tanggungjawab 100% kepada pemandu bas sekolah tersebut..itu silap....

Bagi pengusaha-pengusaha BAS Sekolah yang hendak menganti BAS baru tu tapi tiada bajet lebih...jangan risau kerana Kerajaan ada memberi beberapa manfaat untuk anda...aku sarankan cuba gunakan rebat yang telah diberikan kerajaan ini...bawah ni penerangan terperinci tentang SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D.







untuk dapatkan VERSI PDF Boleh Klik SINI


BATU PAHAT DILANDA BANJIR KILAT...LAGI CABARAN UNTUK PARLIMEN TADBIRAN PAKATAN RAKYAT...

$
0
0

Batu Pahat: Hujan lebat lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini dilanda banjir kilat, semalam. 

Air melimpah berikutan hujan sejak jam 5 pagi, turut menjejaskan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim (SMKPTI) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeong Chang. 

Tinjauan mendapati beberapa premis kerajaan termasuk bangunan Mahkamah Batu Pahat dinaiki air dan beberapa jalan ditenggelami. 

Berikutan banjir kilat itu, kesesakan teruk dilaporkan di laluan utama termasuk Jalan Pejabat, Masjid dan Kenangan. 

Air beransur surut mulai jam 7 pagi. 

Suri rumah, Fatimah Salim, 53, berkata air melimpah masuk ke rumahnya di Jalan Kenangan sejam selepas hujan lebat, yang menyebabkannya bersama keluarga mengalihkan kelengkapan rumah ke tempat tinggi. 

Kami sempat mengalihkan perabot dan kelengkapan rumah ke tempat tinggi bagi mengelak terkena air. Bagaimanapun, beberapa peralatan elektrik dan perabot tidak sempat diselamatkan, katanya. 
Sementara itu, Pengetua SMKPTI, Remi Kardi, berkata pelbagai peralatan sekolah yang terletak di tingkat bawah bangunan termasuk bilik guru dan makmal rosak akibat ditenggelami air. 

Bawa pulang anak 

Ada ibu bapa diminta membawa pulang anak mereka selepas keadaan tidak mengizinkan untuk kita meneruskan sesi pembelajaran kecuali pelajar Tingkatan Tiga yang perlu menduduki Ujian Lisan dan Pendengaran PT3 yang bermula jam 8 pagi, katanya. 

Di Segamat, semua 350 mangsa ribut di daerah ini akan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membaik pulih rumah yang rosak dalam kejadian ribut, Sabtu lalu. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Don, berkata kejadian itu menyebabkan kerugian RM400,000. 

Katanya, mangsa akan menerima bantuan awal daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) antara RM2,500 hingga RM5,000, dalam tempoh terdekat. 

Bantuan kos sebenar proses kerja membaik pulih rumah hanya akan diberikan oleh JKM selepas mangsa mengemukakan laporan dan dokumen berkaitan, katanya selepas menghadiri taklimat dan melawat mangsa bencana ribut, di sini semalam. -BH

SENARAI PENDEK TERBARU EXCO SELANGOR 2014 DAH KELUAR?BETUL KE NI?

$
0
0

SENARAI TERBAHARU AHLI EXCO SELANGOR 2014

SPEAKER: Mohd Shafie Bin Ngah (PAS) TIMBALAN SPEAKER: Noor Hanim Binti Ismail (PAS)

MENTERI BESAR : TS Abd Khalid Bin Ibrahim (BEBAS)

PENGERUSI HAL-EHWAL ISLAM, PEMODENAN PERTANAN & PEMBANGUNAN DESA : Sallehen Bin Mukhyi (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN: Abd Rani Bin Osman (PAS)

PENGERUSI JK PENDIDIKAN TINGGI & TANGGUNGJAWAB MODAL INSAN : Dr. Halimah Ali (PAS)

PENGERUSI JK TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BARU & PEMUTIHAN KILANG HARAM: Saari Bin Sungib (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KEBAJIKAN & HAL EHWAL WANITA: Dr. Rodziah Ismail (PKR)

PENGERUSI JK TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR: Iskandar Bin Abdul Samad (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATN: Ganapathi Rao a/l Veraman (DAP)

PENGERUSI JK TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA & ALAM SEKITAR: Mohd Khairuddin Bin Othman (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI : Haniza Binti Mohamed Talha (PAS)

PENGERUSI JK TETAP BELIA & SUKAN, INSFRASTUKTUR & KEMUDAHAN AWAM : Ahmad Yunus Bin Hairi (PAS)

*Senarai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baharu Ogos, 2014

Maklumat ini telah tersebar di media maya..entah betul entah tidak..apapun aku ucapkan syabas kepada MB Khalid Ibrahim kerana keberanian dan kegarangannya berjaya menghalau pro anwarinas di dalam pentadbirannya.langkah Khalid berjaya melancarkan PKR dan DAP MOVE...

Tak suka boleh jalan...senang saja....lu memang anak jantan Khalid...selama ni aku nampak kau MB paling lemau dan lembap..sekali kau bertindak..semua kecut telur...yang mana kena pecat tu...sedar-sedar lah diri tu..jangan buat tak malu masuk pejabat lagi sudah...

Jika PKR dan DAP mahu undi tidak percaya dipersilakan...MB Khalid insya'allah akan dapat sokongan PAS dan semua ADUN UMNO menyataakan sokongan kepadanya...tapi aku harap UMNO jangan masuk campur sangat isu dalaman kerajaan pakatan ni..sekadar nyatakan sokongan MB Khalid sebagai MB sudah cukup...jangan terima sebarang jawatan jika ditawarkan...

Nanti kena fitnah pula UMNO mahu habiskan wang rezab kerajaan negeri..haha....

Dalam diam rupanya Anwar dah hantar surat nak bagi bini dia jadi MB..keyataan akhbar di bawah ni tak ahulah betul ke tidak...



HE : Kalau dulu orang tak mahu jawatan..takut akan amanah dan tanggungjawab yang berat..sekarang semua gila jawatan..maklumlah masyuk.....


Tahukah Anda Murid Sekolah Ditawarkan Skim Insurans Bas Sekolah Murid-Murid SPAD ?

$
0
0

Bagi memastikan keselamatan dan menghadapi kecelakaan yang tidak diduga..kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah meluluskan Skim Insurans Murid-Murid Sekolah SPAD pada Pembentangan Bajet 2013 yang lalu...Skim Insurans Murid-Murid Sekolah SPAD ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia...

Skim ini bermula pada 2 Januari 2013 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014...Jikalau ianya mendapat sambutan dan memberi kebaikan kita mengharapkan bajet 2014 ini peruntukan ini akan terus dikekalkan...

Jika semalam saya ada menulis tentang peruntukan khas Rebat kepada pengusaha BAS yang mahu menukar bas baru di SINI..hari ini tentang Insurans untuk pelajar pula...mudah sahaja untuk mendaftarkan anak-anak anda...tak perlu bayaran bulanan pun...cuma daftar secara online di link SINI

PENDAFTARAN SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SINI)
Ibu bapa pula boleh menyemak status BAS yang dinaiki oleh anak-anak anda di SINI..anda akan nampak paparan di bawah ini...pelayaran ini penting bagi menyemak samada status bas yang dinaiki anak anda untuk ke Sekolah itu berdaftar atau beroperasi secara haram...
Pemeriksaan Status Bas Sekolah SINI
Jikalau semua semakan berada dalam keadaan baik..daftarkanlah anak-anak anda segera...kita bukan mahu perkara buruk berlaku..sekurang-kurangnya jika kejadian tidak diduga berlaku kita dapat perlindungan insurans untuk anak-anak kita...

Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.

DI bawah ini adalah secara ringkas tentang Skim Takaful Kemalangan Berkelompok ini...


Jika mahu mengetahui maklumat lanjut anda boleh terus ke pelayaran SPAD di SINI

HE : Sebarkan info berguna ini...keselamtan dan perlindungan anak-anak kita tanggung jawab bersama....

Dilempang Isteri Dihari Jadi...Sebuah Cerita Dongeng....

$
0
0


Tanggal 50 Januari..seorang lelaki bernama Anwar Rahim dilahir...setiap tahun isteri tercintanya, Azizah akan wish selamat hari lahir kepadanya...namun tahun ini Anwar Rahim tidak menerima ucapan tersebut..Anwar berpendapat barangkali Isterinya terlupa..

Pagi itu Anwar pergi kerja seperti biasa...Tiba di pejabat jer Setiausaha Sulitnya Juliana memberi sejambak bunga dan mengucapkan ucapan hari lahir...Setiausaha Anwar memang sangat cantik...figure body memang tip top...

Selama ini Anwar Rahim memendam rasa....pada hari itu Anwar rasa dirinya sungguh bertuah.,apa tidaknya..selama ini Juliana memang 'jual mahal'...

Ketika Anwar sedang berangan..Juliana membisik kepadanya 'malam datang rumah..dia nak buat makan2 sikit'

Anwar pun terus telefon Azizah cakap malam ni dia balik lewat..Azizah pun faham tugas lakinya...

Bila sampai saja dirumah...Anwar dijemput oleh Juliana..untuk masuk..suasana dalam rumah itu sangat romantik...disudut tepi dinding ada meja makan yang dah siap lilin bernyala...

Juliana membisik kepada Anwar...'You tunggu sini yer...i nak salin baju...'...Anwar Hairan...ketika itu Juliana berpakaian cantik..kenapa nak salin baju lain?

Dalam kepala Anwar tak ada benda lain..dia dah bayangkan yang Juliana akan berpakaian seksi..dan g string..lepas tu makan sama2...

Bila Juliana masuk sahaja bilik..Anwar terus membuka pakaiannya dan telanjang..pakaiannya terus dia campak ke tepi pintu....Anwar sudah siap baring di atas sofa dalam keadaan telanjang bulat...tiba..tiba...Juliana menjerit di dalam bilik...tolong!!

Anwar yang dalam keadaan telanjang terus bergegas masuk ke bilik Juliana...alangkah terperanjatnya Anwar apabila dia masuk saja bilik tu...Azizah dan anak-anaknya menjerit SELAMAT HARI JADI AYAH....

Rupanya Isteri dan Juliana sudah plan nak buat suprise...majlis belum bermula...Bini Anwar...Azizah terus lempang muka Anwar dan naik angin satu badan....apa tidaknya, melihat Anwar dalam keadaan telanjang bulat...

Moralnya...belajarlah untuk setia...kepada suami diluar sana janganlah pasang lain..sayangilah Isteri anda..sayangi keluarga anda...tq...hihihihi

HE : Kisah ni tidak ada kena mengena dengan sesiapa...sekadar cerita dongeng....

Pemandu Prebet Sapu Semakin Melampau...Berani Ugut Pegawai SPAD Menjalankan Tugas....

$
0
0

2 orang pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah diugut ketika mereka melakukan penyamaran sebagai penumpang...Kes ini berlaku kelmarin apabila pegawai SPAD telah diugut untuk dibawa ke lokasi rahsia oleh pemandu kereta sapu di pekan Rawang, kelmarin.... 

Pemandu kereta sapu berkenaan enggan memberikan kerjasama selepas didapati bersalah menggunakan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi dibuat selepas menerima aduan melibatkan lambakan kereta sapu yang mengganggu pendapatan pemandu teksi di sini. 

Sebanyak 54 anggota terdiri enam pegawai dan 48 pegawai penguatkuasa terlibat dalam operasi yang dibahagikan kepada 11 kumpulan. Beliau berkata, dalam operasi selama dua jam, sebanyak 11 kes diperoleh melibatkan lapan kesalahan tidak menggunakan meter, dua kereta sapu dan satu halangan. Datuk Che Hasni menambah, operasi bertujuan memberi peringatan dan amaran kepada pengusaha serta pemandu teksi untuk mematuhi peraturan dalam masa sama memberi kesedaran kepada pengguna. 

Jika sabit kesalahan, mereka yang tidak patuh boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22 dan 16 Akta Pengangkutan Awam Darat memperuntukkan denda minimum RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya. Tindakan sitaan juga boleh diambil namun sekarang pihak SPAD masih dalam proses mewar-warkan kepada pengusaha dan pemandu untuk mematuhi syarat yang ditetapkan. Bilangan kes terkumpul dari Jun 2011 hingga Julai 2014 adalah 6,017 sementara untuk tahun ini sebanyak 1,413 kesalahan telah disenaraikan sehingga Julai 2014.

Begitu berisiko tugas anggota SPAD untuk membanteras sindiket Prebet Sapu ini...pemandu prebet sapu ini semakin berani melanggar undang-undang...kita sebagai penumpang perlu bekerjasa dengan tidak menggunakan khidmat Prebet Sapu ni..bukan apa jika terjadi kejadian tidak diingini anda juga yang susah....jadi pastikan kenderaan yang anda naik itu Teksi yang berdaftar dan yang paling penting teksi tersebut mesti menggunakan meter agar kita tidak ditipu..,,

DAP Ancaman Kepada Pemikiran Rakyat Johor...Pertikaikan Kenaikan TOL Punca Harga Hartanah Johor Terjejas...

$
0
0

Apa kejadah perempuan ni nak buat kali ni..dulu pertikaikan kenaikan Tol di CIQ tapi sikit pun tak pertikaikan kenaikan VEP oleh Singapura..

Kali ni cuba meraih publisiti murahan kata kenaikan Tol punca hartanah di Iskandar terjejas...laaa..budak bengong baru nak UP ni tak habis lagi bodohnya..jika harga hartanah terjejas kerana rakyat Singapura tak beli baguslah..banyak peluang lebih kat rakyat kita...kan?

Takkan lah kenaikan Tol buatkan harga hartanah turunkan...kalau turun sebab rakyat singapura tak masuk Malaysia memang tak logik..dan kalau harga pasaran hartanah turun..lagi bagus sebab orang akan berebut beli...sebab harga rendah kan.silap2 YB ni pun ada beli...kan...dan belum pernah berlaku dalam Malaysia ni harga hartanah akan turun...semuanya makin naik..tak gitu?

Barangkali YB ni tak study apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor agaknya..malas nak kupas panjang...bawah ni SEBAHAGIAN usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di Bawah pimpinan Khaled Nordin...jika tak tahu apa2 lebih baik diam dari bising tapi macam haramjadah!

Sejak bila pula Johor bergantung sangat kat pelaburan dari Singapura? diam2 lah YB oi!!!!kalau Harga Hartanah Iskandar Johor ja


JOHOR BARU: A state assemblyman expressed concern that the property market in Iskandar Malaysia would be affected by the increased toll rate at the Johor Causeway.

Senai assemblyman Wong Shu Qi said that she was worried it would hinder people from purchasing properties in Johor. 
“Federal and state policies must be drafted to ensure the growth of Iskandar Malaysia,” she said in a statement. 
She pointed out that Johor heavily relied on Singapore for its investments.

“Singaporean buyers and Malaysians working in Singapore have always been the two main groups that support the property market in Iskandar,” Wong added. Selanjutnya SINI


@YayasanMesra Sumbang RM 25,000 Untuk Tabung Kemanusiaan Palestin...

$
0
0

Sebentar tadi telah berlangsung majlis Muafakat Raya yang bertempat di Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin..

Pada majlis berkenaan, Yayasan Mesra telah menyumbangkan sebanyak RM 25,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin...Masyarakat sekitar Kota Tinggi turut tidak melepaskan peluang hadir ke Majlis Muafakat Raya tersebut...

Dianggarkan lebih kurang 30 gerai telah dibuka yang menyajikan berbagai jenis juadah sempena musim perayaan ini...

Pada malam ini, para pengunjung akan disajikan dengan berbagai aktiviti seperti persembahan artis, bacaan syair dan sajak...Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin turut tidak melepaskan peluang apabila bakal mendeklamasikan sajak pada malam itu...

Berikut beberapa keping gambar sepanjang aktiviti pada petang tadi...

















#MuafakatRaya Berjaya Kutip RM 60,396 Malam tadi! Syabas @YayasanMesra @MPKotaTinggi !

$
0
0

Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Noor Ehsanuddin atas inisiatif beliau Program Muafakat Raya Kota Tinggi telah berjaya melebihi sasaran RM 40,000 untuk mengumpul derma Dakapan Gaza, MH370 dan MH17...


Jumlah yang telah berjaya dikutip ialah sebanyak RM 60,396...jumlah ini tidak akan tercapai jika rakyat tidak sama2 menyokong...ya..memang benar kata Datuk Ehsanuddin, rakyat Malaysia ni memang prihatin..simpati terhadap hal2 kemanusiaan sejagat...

Jumlah tersebut disumbangkan oleh beberapa pihak antaranya Yayasan Mesra, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Kutipan Masjid-masjid, pejabat daerah, pejabat kadi, pelajar-pelajar sekolah dan rakyat yang hadir pada Rumah Terbuka Muafakat Raya di Kota Tinggi semalam...

Syukurlah Malaysia masih aman...

Kalau di negara luar tak dapat kita rasai nikmat macam ni..,walaulun kita gembira..kita tak lupa kepada yang dalam kedukaan...ternyata Malaysia mempunyai track record yang baik...kita punya lebih kurang 200 suku kaum...5 yang terbesar...5 negara yang berbeza...bahasa berbeza...budaya berbeza....alhamdulillah..kita dengan cara kita...sejak 57 tahun merdeka Malaysia kekal aman walaupun berbilang kaum...

Biarpun ada beberapa peristiwa hitam seperti serangan komunis....kegawatan ekonomi...semuanya kita selesaikan dengan cara kita...dulu masa kes MH370...orang pertikaikan kewibawaan PM kita Najib Razak...tapi bila dah terjadi tragedi MH 17 barulah orang faham yang kita ada cara kita untuk selesaikan masalah...

Cukuplah sekadar ini saja...bawah ni aku nak share gambar malam tadi..gambar siang semalam di SINI




Lagi gambar di SINI




Jika PAS Mahu Balik ke Pangkal Jalan...Pecat Saja Md Sabu!!!

$
0
0

Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

17 Ogos 2014

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepadake bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS

HE : Mana batang hidup Hadi Awang?haha.....

@Nor4Danish Berang Dengan Pengurusan Hotel Di Lego Land...

$
0
0



Punyalah marah Nora Danish sampai update di akaun Instagramnya...memang patut pun dia marah..kerana Ibu mengandung dan keduanya pelanggan perlu bersuara untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan...

Justeru itu, pihak Lego Land perlu meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatannya...jangan nanti dah terjadi kes meragut nyawa baru nak bertindak...

10 minit agak lama untuk ambil tindakan kecemasan...baikilah perkhidmatan anda wahai Hotel Lego Land...jangan nanti dapat gelaran Hotel Serahun Jagung...dan macam2 gelaran tak enak sudah!

Kenyataan Media Khalid Ibrahim Terkini...Akan Mengadap Sultan...

$
0
0

KENYATAAN MEDIA 17 OGOS 2014 SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya. Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

TERKINI - 3 DIPERCAYAI TERPERANGKAP RUNTUHAN JEJAMBAT MRT

$
0
0

KUALA LUMPUR: Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya.
Dalam kenyataannya, sebuah jambatan yang dalam pembinaan dikatakan telah tertanggal dari tiangnya dan telah terjatuh.
MRT Corp mengesahkan bahawa tiga pekerja terperangkap di bawahnya.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamata telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.
Menurut laporan Astro AWANI jurucakap MRT Leaone Shen-li, mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan satu kenyataan akan dikeluarkan selepas ini. -SUMBER
Viewing all 1665 articles
Browse latest View live