Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam menafikan dakwaan pesawat Malaysia Airlines MH370 sengaja dijunamkan ke laut. Penafian ini sekaligus membersihkan nama Allahyarham Kapten Zaharie bahawa juruterbang tersebut tiada kredibiliti sebagai juruterbang berpengalaman...
Liow turut mempertahankan Kapten Zaharie apabila ada pihak cuba mengaitkan simulator yang ditemui dirumah Juruterbang sebagai cubaan membuat sabotaj terhadap MAS..
Memang benar di dalam laporan simulator tersebut ada rekod laluan ke lautan hindi tetapi ia hanya satu daripada beribu laluan yang dicatatkan dalam rekod simulator berkenaan...tuduhan tersebut sengaja dilakukan dengan niat mahu menjatuhkan imej kapten MAS yang berpengalaman itu..
Memang benar di dalam laporan simulator tersebut ada rekod laluan ke lautan hindi tetapi ia hanya satu daripada beribu laluan yang dicatatkan dalam rekod simulator berkenaan...tuduhan tersebut sengaja dilakukan dengan niat mahu menjatuhkan imej kapten MAS yang berpengalaman itu..
Hasil teori yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) turut menafikan dakwaan yang tersebar baru-baru ini yang mendakwa kapal tersebut menjunam ke laut dalam keadaan dikawal..teori ATSB mengatakan pesawat tersebut dalam 'keadaan tidak dikawal ketika mendarat di air'.
Setakat ini Malaysia mahu flaperon yang ditemui di Kepulauan Reunion dipulangkan kepada Malaysia untuk simpanan..pada akhir bulan lalu, pencarian MH370 dihentikan sementara sehingga ada tanda-tanda positif untuk misi pencarian dimulakan kembali...
Setakat ini, misi pencarian telah meliputi sejauh 120,000 KM persegi yanh mana dijanhka selesai pada hujung tahun ini..sudah lebih 2 tahun pesawat malang ini hilang namun tiada tanda-tanda bangkai pesawat ditemui..
Sebagaimana keluarga mangsa mengharap penemuan begitulah hasrat Malaysia yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang positif...