Kuala Lumpur - Felda dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta lima lagi dikehendaki memaklumkan status kes saman fitnah RM200 juta sebelum Mahkamah Tinggi di sini mendengar perbicaraan pada 30 September ini.
Felda menyaman Wan Azizah berhubung penyiaran artikel mengenai dakwaan Felda bankrap yang disiarkan oleh akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, empat tahun lalu.
Peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli yang mewakili Felda memberitahu pemberita, status kes itu sepatutnya dimaklumkan hari ini oleh pihak-pihak yang terlibat dalam saman tersebut sama ada boleh diselesaikan di luar mahkamah atau sebaliknya.
Namun disebabkan kesemua pihak masih berunding ekoran terdapat cadangan balas daripada Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGV), maka mahkamah meminta supaya perkembangan tersebut dimaklumkan melalui surat sebelum tarikh perbicaraan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Kamaludin Md. Said memberikan arahan tersebut ketika pengurusan kes di kamar hakim di sini.
Pada 16 Ogos 2010, Felda dan FGV memfailkan saman fitnah terhadap Wan Azizah dan bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali. – UTUSAN MALAYSIA
Inilah padahnya bila banyak sangat fitnah...Kes Felda dan FGV saman Wan Azizah dan 5 yang lain ni sudah lama cumanya kali ini mahkamah mahu Felda FGV dan Wan Azizah memaklumkan status kes samada mahu selesaikan di luar mahkamah atau tidak...
Dalam perkembangan terdahulu, FELDA telah memfailkan saman RM 200 juta mendakwa artikel bertajuk 'Felda Bangkrap' di Suara Keadilan..
Selain Kak Wan, turut dinamakan FELDA sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.
Tidak sabar kita untuk mengikuti prosiding mahkamah ini, kita mahu tengok pemfitnah ke atas Felda dan FGV benar-benar dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal..
Khuatir juga saya, jikalau Kak Wan melakukan perkara yang sama sepertimana dilakukan oleh suaminya Anwar Ibrahim yang acap kali menangguhkan kes di mahkamah...dalam kes ini, dahulu peguam Kak Wan pernah tarik diri dari mewakili dirinya...
Malah pernah juga N Surendren cuba mempertikaikan kes ini kononnya FELDA dan FGV tidak boleh saman Suara Keadilan kerana menurut Surendren FELDA tidak boleh saman kerana FELDA ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat...
Biar apapun alasan, saya mengharapkan agar pihak yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang setimpal...