Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

ADUN UMNO Johor Letak Jawatan Naib Ketua Bahagian Pagoh...

$
0
0

Beberapa hari lepas Bekas Menteri Kewangan Kedua, DS Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan pengunduran dalam kabinet dan semua jawatan dalam parti UMNO atas alasan mahu mendalami ilmu agama...

Husni dikatakan akan ke Jordan bagi belajar bahasa Arab, pengajian Al-Quran dan hafazan..kalau itu keputusannya melepaskan semua jawatan untuk mendalami Al-Quran dan agama..kami kena hormati...


Hari ini tersebar satu surat peletakan jawatan seorang lagi pemimpin UMNO..kali ini dari Johor..individu dimaksudkan ialah YB Shahruddin Md Salleh Adun Jorak dalam parlimen Pagoh..Shahruddin melepaskan jawatannya sebagai Naib Ketua Ketua Bahagian Pagoh...Shahruddin kini sudah tiada jawatan diperingkat bahagian..namun jawatannya selaku ADUN Jorak masih diteruskan..

Ia menjadi tanda tanya mengapa Shahruddin bertindak nekad melepaskan jawatan di peringkat bahagian..apakah kerana tanda protes atas pemecatan Tan Sri Muhyiddin atau ada sebab lain...

Dengar khabar angin bertiup kencang bahawa Shahruddin mahu mendalami Al-Quran serta menghafal ayat-ayat Al-Quran...kami juga menghormati keputusan itu jika betul..

Nasihat kami jika alasan mahu mendalami Al-Quran sebagaimana alasan DS Husni mendalami agama di Jordan..adalah lebih elok dia melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran dan UMNO...ini juga penting kerana mendalami ilmu agama perlukan tumpuan sepenuh masa...bukan kami kata tapi ini alasan DS Husni...

Selamat maju jaya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665