Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

@SPADChannel Cadang Pemandu Teksi Keluar Daripada Sistem Pajak...

$
0
0

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk mentransformasikan industri berkenaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi.,

Cadangan ini telah diutarakan oleh makmal teksi yang dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015 yang lalu..antara yang menarik perhatian kami daripada keputusan makmal teksi ini berkaitan pemandu UBER dan Grab car yang menggunakan pekhidmatan 'e-hailing'..

SPAD bercadang ingin memberi kesamarataan terhadap pemain industri teksi, uber dan grabcar..cadangan ini bukan bererti pemandu teksi dianak tirikan tetapi ia lebih mematangkan pemandu teksi dengan persaingan sihat..

Jikalau pemandu teksi merasa terbeban dengan kerjaya mereka...mereka berpeluang memiliki lesen teksi individu baru kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod bersih...ini memberi peluang mereka mencuba kerjaya uber dan grabcar jika berminat...

Secara tidak langsung ia telah membuka peluang kepada pemandu teksi untuk lari daripada sistem pajak..dalam pada itu, SPAD turut mencadangkan pelbagai model kenderaan bagi pemandu teksi...

Jika cadangan ini dimeterai kabinet, ini bermakna industri teksi negara akan mengalami Transformasi bagi mengubah landskap industri yang lebih kompetitif...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665