Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..inilah yang terjadi kepada sindiket haram Ulat Teksi yang beroperasi di KLIA dan KLIA 2..Taktik mereka menggunakan kenderaan mewah untuk mengaburi pihak berkuasa ternyata gagal apabila diberkas dalam operasi yang dijalankan oleh SPAD..
Hasil daripada aduan awam berikutan sindiket ulat teksi ini, pihak SPAD mengadakan operasi khas di KLIA dan KLIA 2...dalam operasi ini seramai 32 anggota penguatkuasa SPAD telah melakukan operasi intipan dan penyamaran sebagai pelanggan. Waktu ideal ulat-ulat teksi ini beroperasi ialah antara 6 petang hingga 11 malam dengan sasaran mereka ialah pelancong-pelancong asing...
Bukan mereka tidak tahu yang perkara yang mereka lakukan ini salah, tapi masih juga lakukan...Ulat-ulat ini sengaja mahu mencabar undang-undang...selain KLIA dan KLIA 2, operasi yang dilaksanakan oleh SPAD ini turut menempatkan anggotanya di lokasi panas seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Pudu Sentral.
Sidiket Ulat Teksi ini banyak beroperasi secara haram kerana mampu mendapat pendapatan yang lumayan sehingga mencecah puluhan ribu sebulan...hasil intipan penguatkuasa SPAD berjaya menahan seorang lelaki berusia 57 tahun ketika sedang membawa 2 orang pelancong asing untuk dibawa ke Kuala Lumpur..kadar tambang yang dikenakan Ulat Teksi kereta mewah Mercedes-Benz tersebut ialah RM 120...
Pihak SPAD terpaksa menahan lelaki berkenaan untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Darat 2010 bagi kenderaan yang digunakan selain Akta 205 Pengangkutan Darat bagi aktiviti teksi haram. Sekiranya di dapati bersalah, lelaki berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali selain menyita kenderaan berkenaan.
Pada kebiasaannya, Ulat Teksi ini mencari pelanggan pelancong luar yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia...Jika tertangkap hukuman berat bakal menanti...
Nasihat kepada Ulat-ulat Teksi yang masih menjalankan operasi haram ini, jika benar berminat mahu menceburi bidang ini ikutlah undang-undang yang telah ditetapkan..jangan kerana mahu mencari untung dengan jalan pintas anda melanggar undang-undang...