Kehadiran Balotelli dalam skuad Rodgers tidak memberi impak langsung mepada pasukan Liverpool...sehingga hari ini Liverpool masih lagi tidak dapat mencari pengganti menyegat Suarez...kehadiran Lallana tidak banyak membawa perubahan...
Sepatutnya gandingan Sterling dan Sturridge perlu dikekalkan dan dikerapkan kerana dua pemain ini mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan....ikuti komentar oleh bekas pemain MUFC Paul Parker...
TINDAKAN Liverpool membawa masuk penyerang kontroversi, Mario Balotelli ke skuad itu musim ini merupakan satu keputusan yang salah.
Sepatutnya gandingan Sterling dan Sturridge perlu dikekalkan dan dikerapkan kerana dua pemain ini mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan....ikuti komentar oleh bekas pemain MUFC Paul Parker...
TINDAKAN Liverpool membawa masuk penyerang kontroversi, Mario Balotelli ke skuad itu musim ini merupakan satu keputusan yang salah.
Ini diakui sendiri oleh bekas pertahanan Manchester United, Paul Parker selepas melihat prestasi kurang cemerlang dipamerkan Balotelli pada pertemuan menentang Aston Villa Sabtu lalu.
Dalam pertemuan itu, Balotelli langsung tidak menunjukkan aksi cemerlang dan akhirnya dikeluarkan oleh Brendan Rodgers pada babak kedua.
Berdasarkan situasi tersebut, Parker menilai pemain berusia 24 tahun itu tidak sesuai dengan The Reds dan hanya merugikan pasukan.
"Perlawanan itu merupakan waktu terbaik untuk Balotelli bangkit dan menunjukkan kemampuannya, namun dia membunuh Liverpool dengan aksi santainya.
"Musim lalu, Liverpool suka melakukan asakan ke atas lawan di minit awal perlawanan dan sering berlari di pertahanan lawan serta melebarkan penguasaan.
"Mereka menggerunkan lawan dengan kelajuan yang dimiliki, namun Balotelli tak berlari dan tak menyelinap masuk ke barisan pertahanan lawan," katanya.
Menerusi blognya untuk Eurosport, Parker juga menempelak percaturan Rodgers yang membuat keputusan meletakkan Adam Lallana dan merehatkan Raheem Sterling pada pertemuan dengan Villa.
"Saya lihat Rodgers suka buat keputusan yang keliru. Dia buat banyak perubahan tapi pada masa sama dia merosakkan lagi pertahanan Liverpool.
“Rancangan Rodgers untuk merehatkan pemainnya memang teori yang bagus. Namun anda harus ingat, jika anda mempunyai pemain berusia 19 tahun yang bermain bagus seperti Sterling saat ini, anda tak akan menempatkannya di bangku simpanan," tambahnya.