Tatkala perokok tegar merungut harga rokok naik...dalam diam harga Ron 97 pula yang turun...walaupun rakyat ramai menggunakan RON 95 tapi penurunan harga RON 97 perlu diberi perhatian juga...moga2 RON 95 akan turun sediki masa lagi...
Harga bagi bahan api petrol RON 97 telah dilaporkan turun 10 sen menjadi RM2.75 per liter. Kali terakhir ia mengalami perubahan harga ialah pada Jun lalu dengan harga RM2.85 per liter. Penurunan harga ini menjadikan ia sebagai yang paling murah bagi RON 97 sejak September 2013.
Walau bagaimana pun, harga bagi RON 95 dan diesel masih kekal iaitu RM2.10 per liter dan RM2.00 per liter. Isu turun-naik harga yang melibatkan RON 97 boleh dikatakan sebagai ‘perkara biasa’ kerana ia hanya menerima subsidi yang paling minima daripada pihak kerajaan.
Kali terakhir harga RON 95 dan diesel berubah adalah pada September 2013.