Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Penganjuran Program Keagamaan Bersama Ustaz Kazim Elias Bukti McDonald's Peka Terhadap Tanggungjawab Sosial...

$
0
0
Ustaz Kazim Elias sedang menyamparkan ceramah malam tadi
Malam tadi ketika berlangsungnya konsert Akhir Gegar Vaganza, McDonald's bersama beberapa badan lain telah bekerjasama menganjurkan sebuah program berbentuk keagamaan yang mana telah menjemput YBHG Datuk Ustaz Mohamad Kazim Elias..Program Santai Bersama Ustaz Kazim itu telah berlangsung di Bandar Tun Razak, Jengka Pahang..

Program tersebut telah dihadiri kira-kira 5,000 warga Felda sekitar kawasan Jengka..Ia merupakan salah satu program tanggungjawab sosial McD kepada masyarakat yang menunjukkan betapa McD mengambil berat keperluan sosial selain fokus utama mereka dalam bidang perniagaan makanan...

Sebelum ini kami telah menulis bahawa McD Malaysia tidak langsung terlibat dengan segala bentuk sengketa yang berlaku di bumi Gaza apatahlagi memihak kepada Israel yang mengancam pembunuhan ramai umat Islam di Gaza..jika McD dimiliki Yahudi adalah mustahil untuk McD menganjurkan program keagamaan seperti ini...


Sebahagian besar keuntungan hasil penjualan produk mereka akan dikembalikan kepada rakyat tempatan untuk menggaji kira-kira 12,000 pekerja mereka di seluruh negara dengan 95% merupakan anak tempatan. Selain itu, McD turut menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan penganjuran program berbentuk keagamaan seperti kita dapat lihat malam tadi..

Hasil jualan McD Malaysia langsung tidak sampai ke Israel seperti yang didakwa oleh ekstremis menganjurkan himpunan boikot setiap kali berlaku serangan Israel ke atas bumi Palestin..anda boleh baca tulisan kami di SINI dan SINI untuk menjelaskan bahawa McDonald's Malaysia tidak terlibat dengan konflik Israel - Palestin...

Lihatlah betapa besarnya impak penganjuran program ini, begitu ramai yang hadir untuk mendengar ceramah Ust Kazim..

Tekun, masyarakat sekitar Jengka mendengar ceramah Ust Kazim


Ramai ekstremis boikot McDonald's mendakwa bahawa McDonald's Malaysia menyumbang kepada program kebajikan "Matching Gift" di Amerika Syarikat..Dana "Matching Gift" itu diberi kepada badan kebajika Israel yang dikenali sebagai Jewish United Fund (JUF)..tuduhan ini tidak benar! McDonald's Malaysia tidak terlibat dengan program Matching Gift..yang terlibat hanya McDonald's di Amerika Syarikat sahaja...lagi pun bagi kami JUF bukanlah badan kebajikan untuk menyumbangkan peralatan ketenteraan Israel ianya hanya sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab terhadap keperluan sosial seperti pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan di Israel..

Matching Gift, JUF itu di Amerika Syarikat...Di Malaysia, McDonald's Malaysia hanya melaksanakan tanggungjawab sosial untuk negara kita sahaja..seperti program keagamaan bersama Ust. Kazim malam tadi...Program seumpama ini harus diperbanyakkan lagi agar masyarakat mendapat kebenaran bahawa McD bukanlah sebuah organisasi yang anti Islam...

Nantikan ulasan kami seterusnya berkenaan tuduhan McDonald's dimiliki oleh Jack Greenberg iaitu seorang yang menyokong kuat Israel melalui beberapa komuniti Yahudi di Chicago dan McDonald's mempunyai 180 restoran di Israel...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665