Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru kira-kira jam 2.50 petang tadi..
Suasana pilu dirasai oleh seluruh bangsa Johor sejak malam semalam apabila mengetahui berita pemergian Tunku Jalil..semasa pemakaman tadi saya perasan di laman sosial bahawa awan melindungi istiadat pemakaman tadi..
Ia seolah-olah melindungi jasad Almarhum daripada terkena sinaran panas terik..Persekitaran dikawasan Makam Diraja Mahmoodiah juga redup dan hujan renyai ketika upaca pemakaman dilangsungkan...
Ya'allah kau ampunilah dosa Almarhum TJ dan tempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman...Al-Fatihah...
Berikut adalah beberapa keping gambar semasa pemakaman Almarhum Tunku Abdul Jalil sebentar tadi...