Seringkali kita melihat kenderaan awam seperti BAS Ekspres, Teksi, Kenderaan-kenderaan berat melanggar peraturan jalan raya...namun kita hanya merungut sahaja bila nampak kenderaan awam melakukan kesalahan di depan mata kita...
Jadi melihat daripada perkara ini, SPAD telah melancarkan Pelekat Aduan Bebas Tol bagi memudahkan pengguna jalan raya melaporkan terus sebarang kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan awam...Satu pekeliling Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Bil.7 Tahun 2014 telah dikeluarkan yang mana memfokuskan kepada Arahan Mempamerkan Pelekat Nombor Aduan Bebas Tol Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Pada Badan Kenderaan Pengangkutan Awam Darat...
Pekeliling ini adalah wajib dipatuhi oleh kenderaan awam, perkhidmatan kenderaan barangan dan pemegang lesen perkhidmatan kenderaan pelancongan...
Cara Membuat Aduan :
Talian Hotline 1-800-88-SPAD (7723)
E-mel (aduan@spad.gov.my)
Laman Twitter (@aduanSPAD)
Laman web (www.spad.gov.my)
FACEBOOK (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat)
Pekeliling ini akan dilaksanakan bermula 30 September 2014 ini...perkara ini wajar dilaksanakan kerana kenderaan awam ini merupakan imej kepada negara...pelancong asing kebanyakannya akan mengguna kenderaan awam..pelaksanaan ini sedikit sebanyak akan memberi peringatan kepada para pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan...
Melalui pengenalan pelekat Hotline ini, pengguna jalan raya telah mengetahui saluran yang betul sekiranya melihat pemandu pengangkutan awam memandu dalam keadaan merbahaya atau melakukan sebarang kesalahan jalan raya...SPAD sudah memberi saluran, kita sebagai pengguna jalan raya dan rakyat Malaysia perlu bekerjasam menyalurkan aduan ataupun laporan kepada pihak SPAD melalui talian Hotline bagi mendisiplinkan pemandu pengangkutan awam di Malaysia...
Berikut ialah kedudukan dan tatacara penampalan Pelekad Hotline SPAD...
![]() |
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menampal Pelekat Hotline SPAD di Kenderaan Barangan |
Berikut ialah kedudukan dan tatacara penampalan Pelekad Hotline SPAD...
HE : Keselamatan Jalan Raya Tangungjawab Kita....