Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

@NajibRazak Ikut Seruan Tun M Pecat Orang Yang Tak Sehaluan...

$
0
0

Sebelum ini aku ada tulis betapa tindakan Najib menyingkirkan TPM, TSMY serupa tindakan Tun M singkirkan Anwar suatu ketika dahulu...dahulu Tun M ada cakap jikalau dia berada di kerusi Najib beliau akan menyingkir yang tidak sehaluan dengannya..

Sekarang kita sudah nampak betapa anak jantannya Najib..harap lepas ini Najib akan mula pencak silat gaya mahathir?ala diktator..sama2 kita tunggu dan lihat...dulu pun Mahathir tak banyak sokongan...tapi dia tabah..harap sengat ini ada pada DS Najib Razak..

Ikuti temubual bersama Tun M yang mengatakan beliau akan pecat orang tak sehaluan jikalau menjadi Najib...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama sambil memberi gambaran, Perdana Menteri juga akan berbuat demikian.

“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya... saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto anjuran Yayasan Maybank serta Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.

Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.

Setakat ini, hanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi persetujuan bersyarat dalam perkara itu. -Sinar


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665