Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

SPAD Janji Permit Teksi Johor Masuk Singapura Tetap Diteruskan!

$
0
0

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataannya menjelaskan bahawa permit teksi rentas sempadan Johor Bahru-Singapura dan Singapura-Johor Bahru akan tetap diteruskan...

SPAD dalam kenyataan itu juga menjelaskan bahawa sokongan daripada teksi Singapura telah diperolehi.. Ini bermakna tiada gangguan terhadap perkhidmatan teksi daripada Singapura ke Larkin dan sebaliknya Larkin ke Singapura...

Dalam perkembangan lain, SPAD turut bekerjasama dengan pihak POS Malaysia dan Kastam Di Raja Malaysia bagi mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Singapura...

SPAD berjanji akan menyelesaikan segala isu berkenaan pemandu teksi Johor dalam beberapa hari..perkhidmatan teksi Johor-Singapura ini terjejas berikutan masalah permit yang tamat tempoh pada 31 Mei lepas dan disambung sebulan sehingga kelmarin...akibatnya kesemua teksi Johor Bahru-Singapura tidak dapat masuk ke negara Singapura...
Isu permit pemandu teksi rentas sempadan negara Singapura ni memang agak rumit apatah lagi ia melibatkan dua negara...diharapkan segala usaha yang dilakulan oleh SPAD ini akan dipermudahkan dan pemandu teksi Johor akan mudah mencari rezeki di negara orang....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665