Siang tadi bertempat di Ibu Pejabat MCA, parti itu telah menganjurkan perayaan "Kai Gung"...acara ini merupakan adat tradisi masyarakat Cina pada perayaan Tahun Baru Cina yang mana acara utama ialah tarian gendang berirama..
Acara ini telah diketuai sendiri Presiden MCA, Dato Sri Liow Tiong Lai..Pada acara tersebut, satu kumpulan penari naga dan singa akan mempersembahkan tarian di hadapan pintu masuk..kemudian, pemimpin utama parti, Presiden dan Timbalan Presiden, Datuk Dr Wee Ka Siong memberi angpau kepada singa sebagai tradisi yang telah diamalkan masyarakat Cina...
Tarian ini telah menarik perhatian pelancong asing yang hadir..mereka tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama dengan Singa atau naga selepas persembahan selesai..
Mesej yang disampai melalui acara ini ialah untuk menyambut kemakmuran, tenaga positif, nama baik dan kesihatan yang baik untuk parti, pemimpin dan kakitangan sempena Tahun Baru Cina ini...seterusnya kumpulan tarian ini pergi ke setiap aras bangunan tersebut...
Acara ini secara tidak langsung berjaya memupuk ikatan yang lebih rapat antara kakitangan, kepimpinan parti..acara seterusnya disambung dengan meraikan kira-kira 50 orang kakitangan dari Ibu Pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) dalam jamuan makan tengah hari yang mana mereka turut melakukan "Yee Sang" bersama-sama..
Selain Presiden dan Timbalan Presiden, antara pemimpin MCA yang hadir ialah Setiausaha Agung Dato 'Seri Ong Ka Chuan, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.