Inovasi terhadap pengangkutan awam amat ditagih oleh para pengguna..rata-rata pengguna memberi pendapat bahawa kenderaan awam perlu mempunyai keselesaan, keupayaan beroperasi menepati masa, teknlogi terkini dan mesra alam..
Memupuk masyarakat ke arah "Going Green" dalam penggunaan pengangkutan awam di Malaysia perlukan kesedaran dan daya tarikan tersendiri untuk menggalakkan pengguna memanfaatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang telah tersedia...menyedari akan peripendingnya inovasi dan estetika kenderaan awam, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) semalam telah melancarkan corak baru yang beridentitikan seekor binatang Harimau Bintang..
Saya tertarik dengan pemilihan binatang ini, pihak penggurusan memikirkan sifat haiwan ini yang berlari pantas dalam pengapdasian ciri-ciri kualiti pengangkutan awam iaitu pantas dan menepati masa...
Pengerusi SPAD, Tan Seri Dr Syed Hamid Albar ketika berucap semasa merasmikan KLIA Transit dan Corak baru kereta api KLIA Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berkata "Menggunakan pengangkutan awam adalah sebahagian daripada menjaga alam sekitar dengan mengawal tahap pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan"
"Penyedia pengangkutan awam untuk membuat inovasi dan meningkatkan perkhidmatan supaya lebih ramai orang akan tertarik untuk menggunakan pengangkutan awam" katanya lagi.
Bagi meningkatkan lagi kualiti pengangkutan awam, antara cadangan yang dikemukan ialah tahap standard keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan dan muncul dengan produk pelancongan yang mudah dan menarik...
Pemilihan corak Harimau Bintang ini akan menggantikan motif batik berkonsepkan flora dan fauna yang digunakan sejak ia mula beroperasi pada tahun 2002..
Dengan penjenamaan corak ini, ia bukan sahaja menampilkan pembaharuan pada corak malah melambangkan sistem pengangkutan itu yang cekap, pantas dan menepati waktu...syabas SPAD atas inovasi ini..cantik betul rekaan kepala Harimau Bintang ini...nampak real...