Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Pemandu Teksi 'Cekik Darah' Di Johor Bahru Akhirnya Kantoi!!!

$
0
0

Inilah akibat bila terlalu tamak dan mahu mendapat keuntungan dengan cepat..Seorang pemandu teksi ditangkap oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atas kesalahan meletakkan harga tambang sendiri meskipun menggunakan meter di Bandar Raya Johor Bahru..

Kesalahan ini dikesan apabila seorang pegawai SPAD melakukan penyamaran menjadi penumpang...mencerikan detik itu, pegawai SPAD berkenaan mengesan kesalahan pemandu teksi berkenaan mengenakan tambang yang mahal tidak sama dengan harga yang tertera dimeter...

Pegawai SPAD tersebut cuba meminta kadar tambang tersebut dikurangkan atas alasan, harganya tidak selaras dengan meter yang tertera..namun pemandu Teksi degil tersebut langsung tidak mengendahkan dan tetap dengan harga yang dicakap sebaik sahaja tiba dilokasi yang dikehendaki pegawai berkenaan..

Selepas melihat pemandu Teksi yang berkeras, akhirnya pegawai SPAD itu mengeluarkan Kad Kuasanya....dengan tidak semena-mena pemandu teksi tersebut merayu memohon maaf..yang kesiannya pemantu tersebut sampai sanggup menyembah anggota SPAD tu...

Tulah degil sangat..guna meter dah elok dah..tapi dek kerana tamak..harga pun dia kasi UP melampau..bila harga minyak naik..tahu pula mahu tambang dinaikkan..ni harga minyak tengah murah pun masih lagi nak perah penumpang...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya kecundang juga... 

Untuk rekod, kes ini dikesan di sekitar Johor Bahru apabila pihak SPAD melakukan Ops Tegas..dalam Ops berkenaan, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni berkata "Operasi bermula jam 8 malam kelmarin hingga 4 pagi semalam. Kemudian disambung jam 2 petang hingga 8 malam,"

Dalam Ops tersebut, pihak SPAD berjaya mengesan 3 kes tidak menggunakan meter, menetapkan kadar tambang sendiri (9 kes), tidak memakai uniform (7 kes), kesalahan melibatkan kad pemandu (13 kes) dan lain-lain kesalahan (8 kes)..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665