Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Akhirnya Teksi UBER Dibenarkan Beroperasi Di Malaysia Bersyarat - @SPADChannel

$
0
0

Perkhidmatan Teksi UBER akan beroperasi di Malaysia sedikit masa lagi sekiranya mereka telah mematuhi syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

Pihak UBER menyatakan persetujuan untuk mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut undang-undang di Malaysia...sebelum ini saya ada menulis tentang perkhidmatan Teksi UBER ini bertajuk  :


Isu petikaian UBER ini telah menjadi masalah berikutan operasi teksi ini tidak mematuhi syarat yang dikehendaki SPAD iaitu :
1) UBER menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu" 
2) Penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai "kereta sapu"...oleh kerana ianya telah ada lebih daripada 70 bandar mungkin masyarakat mengabaikan istilah kereta sapu...namun pelanggan perlu memahami bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan SPAD... 
3) Kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin. 
4) Siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam 1987. 
5) Kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM.
Baru-baru ini, pihak UBER telah menjelaskan bahawa mereka akan mematuhi segala terma yang ditetapkan oleh pihak SPAD..

Jurucakap SPAD berkata bahawa pihak SPAD diberi jaminan oleh pihak Uber Asia Pasifik berdasarkan polisi awam Jordan Kondo bahawa mereka akan beroperasi mengikut undang-undang pengangkutan Malaysia. "Berdasarkan jaminan ini kita tidak mempunyai apa-apa isu dengan mereka," katanya dalam satu temu bual.

Biarpun pihak UBER sudah menyatakan persetujuan, pihak SPAD menyatakan mereka akan membuat pemantauan terhadap UBER..SPAD akan mengambil tindakan keras ke atas individu yang menggunakan kenderaan persendirian atau menyalahgunakan lesen sewa dan pandu mereka untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan melalui aplikasi mudah alih UBER...

Sama-sama cari makan, eloklah pihak UBER telah menyatakan persetujuan..asalkan mematuhi undang-undang itu sudah cukup bagus...renung-renungkanlah nasihat Tan Sri Syed, Pengerusi SPAD ini....


Di negara Thailand, Norway dan Vietnam perkhidmatan ini telah diharamkan...Di sini kita dapat lihat betapa SPAD sentiasa bersifat terbuka dengan mana-mana pengendali pengangkutan awam asalkan mematuhi syarat dan peraturan..simple...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665