Masih bercakap mengenai Manifesto BN..kali ini kami ingin kongsikan salah satu bab janji BN iaitu Barangan Malaysia..
Dulu era Mahathir dia mahu rakyat menggunakan kereta Proton tetapi Mahathir anak beranak menggunakan kereta mewah berjenama antarabangsa..
Mahathir kita kenal dia seorang yang hanya pandai cakap tetapi tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik..
Tetapi era Najib apabila beliau berjanji mahu memperkasakan barangan buatan Malaysia makanya rakyat pasti akan berpuas hati dengan janji barangan Malaysia yang bermutu tinggi dan unik..
1) Seperti kita sedia maklum, Malaysia negara beragama Islam..jadi hub makanan halal sebarusnya dititik beratkan..oleh yang demikian kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1 billion melalui dana pembangunan halal...
2) Seterusnya dalam manifesto BN juga terkandung untuk memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia di mana Bumiputera menjadi penggerak utama industri..
3) Mengintegrasi data usahawab-usahawan Bumiputera yang menerima inisiatif kerajaan berdasarkan platform Teraju Xchange.
4) Membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum Cina dengan memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).
5) Memperkasa sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada ekonomi negara melalui transformasi digital.
6) Meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 bagi memastikan Bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.
7) Menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi menggalakkan jenama usahawan-usahawan kecil.
8) Menangani kemiskinan bandar melalui pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar.
9) Memperkenalkan portal Orang-E sebagai sebuah platfom untuk rakyat Malaysia meringgitkan bakat dan perkhidmatan dalam pasaran.
10) Meneruskan usaha mengembangkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
11) Mempertingkat produktiviti usahawan, pereka baru dan syarikat pemulaan dengan penubuhan pelbagai agensi fasilitasi seperti PlatCOM.
12) Merealisasi potensi sebenar industri kreatif sebagai sumber baharu pendapatan negara dengan memperluaskan platform dan dana kepada penggiat industri.
13) Mendorong perniagaan berasaskan trak makanan dengan mewujudkan kawasan khas dan program untuk modifikasi kenderaan.
14) Menambah jumlah kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berkonsepkan harga yang rendah.
15) Menyediakan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu pesara-pesara tentera memulakan perniagaan.
16) Melaksanakan Skim Anuiti Veteran bagi membantu anggota tentera bukan dalam skim pencen agar dapat menerima bayaran bulanan apabila bersara kelak.
17) Membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu usahawan-usahawan kecil.
18) Membina 20 buah pasar ikan di seluruh negara.
19) Menaiktaraf 3 buah Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Ini semua janji yang ditawarkan BN dalam meningkatkan nama Barang Malaysia..ia janji yang pakan ditepati..berbeza dengan pakatan..janji mereka hanya penuh tipu daya dan muslihat..
Mereka hanya mahukan kuasa..calon pula nomad..berpindah randah..apa mereka peduli..asalkan mereka dapat kuasa untuk menjatuhkan BN..itu sahaja..
Lihat sahajalah negeri contoh Penang dan Selangor..kami jangkakan mereka akan mansuhkan GST terapu cukai berkaitan hartanah akan dinaikkan bagi menampung cas GST..akhirnya nanti kos lain pun akan naik kerana cukai berkaitan hartanah sudah naik..