Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

UMNO Perlu Tambah Ahli Profesional Muda! Tegas MP Kota Tinggi, JDT

$
0
0

Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini agak unik apabila UMNO mahu parti itu diremajakan bukan sahaja dari dalam kepimpinan malah ianya turut diremajakan dari sokongan pengundi...Perspektif meremajakan UMNO ini telah diterima banyak pihak...

Berkenaan dengan keahlian dan penerimaan UMNO, kelmarin TPM telah mengejutkan ramai apabila menyuarakan UMNO bukan parti warlord.UMNO bukan parti yang menabur duit kepada para penyokong untuk setia dengan sokongan..Jika fahaman ini berleluasa dalam UMNO maka, perjuangan untuk membela nasib akan ditolak ketepi dan konsep membela totally berubah kepada mengumpul kekayaan demi 'tembolok perut' sendiri...

UMNO lahir dari kesedaran dan titipnya kasih sayang membela bangsa dan asas semangat nasionalisme yang tinggi...dalam membina budaya sayangnya UMNO, UMNO memerlukan lebih ramai golongan idealisme...golongan profesionalisme...jika UMNO mahu terus diberi amanah individu yang menyalahgunakan kuasa demi menambat hidung penyokong harus disingkirkan...

Dalam membina sebuah bangsa yang terus merdeka, kita memerlukan seberapa ramai orang muda yang profesionalisme bagi mengangkat martabat UMNO agar dipandang cerdik..golongan marhaen yang bekerja kampung ataupun kelas bawahan jangan sesekali dipinggirkan..jika kita lihat dinegara lain dasar kapitalis semakin menjadi-jadi..yang kaya akan terus berkuasa dan yang miskin terus dihimpit kesusahan sehinggakan kadar pengangguran sesebuah negara terlalu tinggi...

Setahun ini, kita lihat ada perubahan yang cuba dilakukan oleh kepimpinan negara yang mana mengalihkan aliran subsidi kepada yang lebih layak secara adil..di sini pentingnya golongan Profesionalisme dalam menyampaikan maklumat dan rasional tindakan kerajaan...sekiranya UMNO ramai penyokong dicucuk hidung sudah tentu kita tidak mampu membalas hujah yang batil untuk dibetulkan...

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin telah tampil dengan pandangan angkanya bagi menambahkan golongan profesional dalam UMNO...biarpun skala jawapan hanya aras matematik sekolah menengah namun jika diaplikasi, Insya'allah akan berjaya..

Perkara yang ditekankan Datuk Ehsanuddin ialah UMNO mempunya seramai 20,800 Ketua Cawangan..kesemua ketua Cawangan ini perlu mencari 2 orang Ahli Profesional setiap cawangan untuk dilantik sebagai AJK Cawangan...jika cara ini diaplikasikan UMNO sudah mempunyai seramai 41,600 ahli Profesional...jumlah ini minima...jika Ketua Cawangan mampu menarik lebih dari itu, maka tahun demi tahun golongan Profesional dalam UMNO akan terus meningkat...

Pemikiran UMNO hanya lubuk untuk mencari projek dan $$$ perlu dibuang jauh jika ada....cara yang ortodok sudah boleh diubah..dalam menuju ke era 2020, UMNO perlu berubah mengikut peredaran zaman..

Selain menumpukan pemerkasaan Ahli Profesional Muda dalam UMNO, Datuk Ehsanuddin turut menyeru menambahkan bilangan ahli UMNO dan memastikan KELUAR mengundi untuk BN...tidak guna mendaftar tapi tidak mengundi...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665