Kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperkenalkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) bagi menggalakkan persaingan sihat pemandu teksi agar setiap pemandu lebih responsif dan berdaya saing dalan industri ini..
Ramai pemandu teksi merungut ketika perkhidnatan e-hailing diperkenalkan..sebagai sebuah kerajaan..agensi yang diamanahkan SPAD perlu memikirkan cara agar pemandu teksi tidak ketinggalan dan pada masa yang sama kemasukan industri perkhidmatan e hailing perlu diterima memandangkan teknologi dan perkhidmatan ini perlu bergerak seiring...
Disebabkan hal ini, Kerajaan telah memperkenalkan TITP..sehingga setakat ini seramai 2,493 pemandu teksi telah menerima lesen individu dan sebanyak 82 geran tunai kerajaan bernilai RM 410,000 telah diberikan kepada pemandu teksi yang layak. (Data setakat 3 Jan 2018)..
Selain itu, kerajaan turut memberikan geran tunai sebanyak RM 5,000 bagi membantu pemandu teksi mendapatkan kenderaan baru..
Kaedah ini secara tidak langsung dapat meringankan beban kewangan pemandu teksi dan pada masa yang sama memberi keselesaan kepada pengguna kerana perkhidmatan teksi dengan kenderaan baharu..
Majlis penyerahan 300 lesen individu dan 74 geran tunai RM 5,000 tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Syukri.
Dalam ucapan perasmian, DS Nancy berkata bahawa Kumpulan kelima penerima lesen individu pada hari ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh SPAD dengan kerjasama PDRM dan JPJ supaya menepati syarat pelesenan SPAD..daripada 300 penerima lesen individu kali ini melibatkan 159 pemandu teksi dan 142 pemandu kereta sewa..
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada SPAD kerana berjaya melaksanakan aspirasi YAB Perdana Menteri bagi memastikan industri teksi terus berkembang dan berdaya saing...