Malam tadi TV3 memaparkan berita betapa huru haranya Guan Eng menafikan gambarnya bersama Dato' Gnanaraja sebagai rakan baik..
Dia menafikan tuduhan liar itu dan menyatakan langsung tidak mengenali manusia bernama Dato' Gnanaraja..
Ya kami faham dia seorang Ketua Menteri..alasannya tidak mengenali langsung kerana menurutnya ramai yang mengambil gambar dengannya..soalan kami jika tempat itu ditempat awam mungkin betul anda kata tidak kenal..
Tetapi hasil pendedahan di TV 3 semalam, 2 kepeng gambar itu satu diambil di dalam kereta dan satu lagi gambar di dalam rumah..
Menurut Dato' Mejar Huan Penang, Gnanaraja dituduh dan disiasat menjadi broker 'undang-undang' kepada kes terowong dasat laut Pulau Pinang. Beliau disiasat atas tuduhan menerima RM 19 juta bagi menghalang siasatan SPRM bergubung terowong itu.
Kemudian, selepas menafikan dia mengenali Dato Gnanaraja, Guan Eng mendedahkan pula beberapa keping gambar isteri Dato Gnanaraja bersama pemimpin-pemimpin BN ditempat awam (bukan di dalam kereta, rumah atau bilik hotel ya)..
Soal kami adalah mustahil anda tidak mengenali suami tetapi anda mengenali isterinya..hairan bukan..nampak sangat Guan Eng kini sedang gabra san terdesak menyelamatkan dirinya..sehingga memberi kenyataan tidak mengenali orang yang bergambar bukan ditempat umum dan mengheret pula isteri Dato Gnanaraja bagi mengalihkan perhatian terhadap kaitan dia dengan Dato' Gnanaraja..
Jika kami berada di tempat Guan Eng..kami akan berkata kami mengenali Dato' Gnanaraja dan menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa dan akan bekerjasama..
Barulah gentleman!!!