Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

@TunFaisal Jawab Makna #TaliBarut.. @DrRaisYatim Perlu Faham!!

$
0
0

1. Memandangkan DS @DrRaisYatim @mkini_bm, editor pencen NST dan caitro Pakatan tak faham definisi TALI BARUT, elok kita bagi faham terlebih dahulu. 1. Kalau ikut deifinisi DBP - orang yang menjadi penyampai rahsia. Definisi lain 2. Barua/orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain. Konteks ke-2 nampaknya lebih tepat dalam isu dan polemik ini.

2. Salah satu contoh konteks TALI BARUT adalah: apabila ada wartawan @mkini_bm yang mengakui bahawa Malaysiakini ada menerima dana daripada Open Society, milik usahawan Yahudi, George Soros, maka Malaysiakini tidak boleh menyalahkan sesiapa jika ada yang mendakwa ia menjadi TALI BARUT kepada PIHAK ASING/Soros dan sebagainya.

3. Mengambil takrifan dan konteks yang sama, jika dibuat perbandingan di antara @DrRaisYatim dan saya, dalam aspek;

A. ORGANISASI: @DrRaisYatim & saya, kami sama2 di dalam kerajaan dan mewakili kerajaan sedia ada, iaitu kerajaan Barisan Nasional

B. PENDIRIAN DALAM ISU 1MDB:
- pendirian saya adalah selari dengan pendirian kerajaan/kabinet/PDRM/JAN/AG/PAC, sedangkan
- pendirian @DrRaisYatim selari, jika tidak menyamai, dengan pendirian Pakatan, Sarawak Report, Media Asing, media pro-Pakatan, @mkini_bm

C. Pendirian terhadap kabinet, kementerian-kementerian dan agensi-agensi;
- saya percaya kepada pendirian dan tindakan para Menteri Kabinet, kementerian-kementerian dan agensi-agensi terbabit dalam soal 1MDB, sebaliknya
- @DrRaisYatim mempertikaikan pendirian dan tindakan rakan-rakan Menteri di dalam kabinet, kementerian-kementerian dan agensi-agensi

5. Dalam soal ini, saya yakin ramai yang boleh melihat @mkini_bm, caitro Pakatan termasuk @ZainudinMaidin beriya-iya & tersangat gigih mempertahankan @DrRaisYatim. Jika melihat perbandingan dan perkaitan hubungan simbiotik ini, dalam soal TALI BARUT, bukankah soalan yg lebih wajar ditanya, adakah @DrRaisYatim tali barut mereka?

Pelik kan? 😁😁😁

6. Tweet pertama @DrRaisYatim mengenai Jho Low tidak akan timbul jika dia memahami FAKTA KES dan membaca LAPORAN PAC. Jika nak tahu dengan lebih mendalam mengenai soal jawab sebelum LAPORAN PAC dihasilkan, boleh baca hansard prosiding PAC di Laman Web Parlimen. Malangnya @DrRaisYatim tidak mahu merujuk FAKTA dan tidak menulis menggunakan saluran untuk mendapatkan taklimat.

7. Tweet @DrRaisYatim mengulas pendirian pihak Polis Diraja Malaysia juga tidak wajar kerana seolah-olah meremehkan tugas @PDRMsia, JAN, PAC dan @AGCPutrajaya yang telah melaksanakan siasatan sejak tahun 2015. Sebab itu saya sarankan supaya @DrRaisYatim mendapatkan maklumat dan fakta kes menggunakan saluran rasmi yang ada. Bukannya susah untuk menulis surat rasmi atau bercakap sendiri dengan Menteri berkaitan untuk mendapatkan taklimat rasmi.

8. Malangnya @DrRaisYatim lebih suka menulis di twitter dan tidak mahu berusaha mencari jawapan melalui saluran yang betul. Macamlah tulisannya nanti akan dijawab oleh twitter. Jadi fikirkan lah jawapan kepada soalan di atas. Siapa TALI BARUT sebenarnya? 


TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

Komen kami : Sejak dua menjak ni kami lihat tiba-tiba Dr Rais Yatim cuba jadi dirinya relevan kembali setelah lama menyepi..kami pun terlupa tentang kewujudan Rais Yatim sejak kes logo Merdeka yang tidak cantik beberapa tahun dahulu..

Dalam satu tweet Rais Yatim, beliau berkata akan beraya di rumah Mahathir..nampak macam seolah-olah dia mahu menunjukkan signal sesuatu..mengapa tidak beraya di rumah DS Najib dan pemimpin-pemimpin BN yang lain?

Apakah ini strategi lama orang veteran mahukan kekal kontrak jawatan mahupun dipertandingkan kembali..dengan memberi desakan dan tekanan..

Dalam keadaan sekarang, kita kena kurangkan kontroversi dan lebih memihak kepada apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan..lihat penyokong DAP..mereka tidak kira wakil rakyat mereka buat kerja atau tidak..yang penting mereka pangkah logo roket..kalau anjing bertanding wakil mereka pun mereka akan pangkah!!!ini realiti penyokong DAP ketika ini...

Kita kena tiru kesetiaan penyokong DAP pada perti tapi janganlah kita ikut kebodohan penyokong DAP..anjing pun mereka pangkah untuk wakili mereka!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665