Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

FGV Bakal Menjadi Pengeluar Terbesar Tokotrienol Di Asia Tenggara...

$
0
0

FELDA Global Venture  Holdings Bhd (FGV) sekali lagi maju setapak apabila bakal menjalinkan usahasama dengan Syarikat Lipid Venture Sdn. Bhd bagi menghasilkan produk berasaskan vitamin E..

Ketua Pegawai Eksekutif FGV Mohd Emir Mavani Abdullah berkata, usaha sama antara Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd dengan Lipid Venture itu membolehkan Felda membekalkan bahan mentah untuk penghasilan vitamin E itu manakala Lipid Venture menyediakan teknologi dan kemahiran untuk penghasilan produk kesihatan berasaskan sawit.

"Pasaran vitamin E di dunia dijangka mencecah AS$3.2 bilion (RM10.2 bilion) menjelang 2017 jadi terdapat potensi besar bagi tokotrienol.

"Penghasilan tokotrienol kini masih kecil kerana kosnya tinggi tetapi dengan menggunakan teknologi canggih, kami mampu mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan tokotrienol lebih berdaya saing," katanya.

Usahasama FGV dan Syarikat Lipid ini bakal menyaksikan FGV memiliki 60% pegangan untuk menghsail dan memasarkan vitamin E bersaskan sawit. Dengar khabar, penghasilan Vitamin E ini bakal menggunakan teknologi terkini bagi mengekstrak tokotrienol yang mana mampu menjimatkan kos pengeluaran 50%..

Bukan itu sahaja, hasil ekstrak Tokotrienol ini akan lebih berkualiti dan asli serta bebas daripada pencemaran kimia...

FGV menjangkakan pengeluarannya boleh mencecah 70,000 KG setahun dan dijangka menjadi antara pengeluar terbesar tokotrienol di Asia Tenggara..

Di sini saya ingin kongsikan manfaat Vitamin E Tokotrienol:
  • Mengurangkan risiko lumpuh dan pengerasan salur nadi
  • Mengurangkan pengeluaran jumlah darah kolesterol
  • Lebih poten daripada tokoferol (40-60 kali lebih poten daripada alfa-tokoferol dalam pencegahan pemperoksidaan lemak)
  • Dapat mengawal pertambahan tekanan darah dan meningkatkan taraf jumlah antioksidan dalam plasma dan urat-urat darah
  • Melarang pengagregatan platlet
  • Lebih efisyen dan cepat apabila melalui membran dwi-lapisan, oleh itu ia mudah diserapkan ke dalam badan
  • Efektif dalam pencegahan pengoksidaan protein dan pemperoksidaan lemak selepas latihan/aktiviti-aktiviti
Sama-sama kita mengharapkan satu hari nanti, vitamin E Tokotrienol ini lebih murah dan mampu dibeli rakyat...ia boleh dijadikan supliment tambahan kepada tubuh kita dan yang penting harganya perlulah lebih murah daripada tokoferol....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665