DS Wee Ka Siong meneruskan serangan kepada CM Lim Guan Eng berkaitan skandal Projek Terowong Bawah laut sepanjang 7.2 KM yang mana bernilai RM 6.3 billion..
Projek ini pada mulanya telah dianugerahkan kepada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd - BUCG Sdn Bhd..Konsortium Zenith-BUCG pula telah menandatangani kontrak lantikan China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebagai kontraktor utama projek..
Alasan memilih Konsotium Zenith-BUCG kerana mereka menawarkan harga terbaik serta sokongan modal yang kukuh melebihi RM 4.6 billion serta berkepakaran dalam bidang tersebut..
Namun, isunya mula tercetus apabila Beijing Urban Contruction Group (BUCG) tidak lagi menjadi pelabur atau rakan kongsi dalam konsortium tersebut..BUCG telah melupuskan pegangannya dalam konsotium ktu..
Apabila perkara ini berlaku..ini bermakna konsortium tidak lagi mempunyai sokongan kewangan yang kukuh..
Anehnya sebuah syarikat pakaian pula yang tiada kepakaran dalam bidang ini dan kurang sokongan kewangan yang kukuh telah disenaraikan sebagai pelabur..
Banyak persoalan telah timbul apakah Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian baru?
Serangan demi serangan oleh DS Wee Ka Siong nampaknya gagal dijawab oleh CM Lim Guan Eng..sudahlah tidak menjawab soalan dia suruh pula Wee Ka Siong minta maaf kepadanya...
Guan Eng memberi alasan bahawa Dr Wee telah melakukan kesilapan iaitu menuduh perjanjian CRCC (China Railway Contruction Corporation? dan BUCG (Beijing Urban Contruction Group) di atas tidak dicop rasmi..
Dr Wee telah menjawab tuduhan tersebut dengan jelas dan terperinci..
Jawapan Dr Wee berkenaan CRCC hanyalah menandatangani Surat Komitmen (Letter Of Commitment) dan CRCC tidak mempunyai hubungan terus dengan Rejim DAP Pulau Pinang..
Menurut Dr Wee tiada langsung nama CRCC di dalam 'Preliminary Agreement bertarikh 23/10/2013..
Hairan pula si Guan eng bersungguh-sungguh mempertahankan Konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) yang ditugaskan untuk membina terowong ini...
Saksikan rakaman penuh serangan terkini DS Wee kepada CM Lim Guan Eng di bawah..benda simple..jangan berdolak dalih!!