Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Larkin Sentral Kini Setaraf TBS..Memacu Kemajuan Industri Pengangkutan Awam Darat!!! @SPADChannel

$
0
0

Sejak 7 tahun lalu pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memastikan kemajuan industri ini setanding negara maju lain..

Dengan asas Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara telah menjadi batu lonjatan ke arah mentransformasikan penggunaan pengangkutan awam darat dan menyumbang kepada peningkatan jumlah pengguna seharian..

Berbagai pembangunan dan penambahbaikan industri ini telah dilakukan..baik dari segi infsrastrukturnya, pengurusan tiket, keselesaan dan ketepatan waktu diambil serius bagi menjamin keselesaan dan galakkan kepada pengguna..

Terkini, Larkin Sentral telah ditransformasikan sebagai sebuah stesen bas maju..mempunyai sistem tiket yang maju dan keselesaan pengguna diutamakan..

Ada yang mengatakan keselesaan dan kualiti Larkin Sentral kini setanding Terminal Bersepadu Selatan..amat selesa umpama dilapangan terbang...

Penjualan tiket dinaiktaraf bagi mengurangkan risiko penumpang ditipu oleh ulat-ulat tiket..ruang menunggu diberi nafas baru yang lebih selesa..tempat bas berhenti dinaik taraf dan lebih teratur..

Ia turut menjadi ikon baru negeri Johor..kemajuan ini amat dialu-alukan apatah lagi ia menjadi jambatan perhubungan Malaysia Singapura..

Rancangan jangka panjang hubungan dua negara ini akan lebih erat dengan lingkaran HSR yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur..

Rakyat Johor wajib ke Larkin Sentral untuk merasai sendiri pengalaman kemajuan yang telah dinaiktaraf!

Terima Kasih Kerajaan!!!

Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakam di sekitar Larki  Sentral!










Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665