MCA dan Parti Gerakan bakal menganjurkan himpunan bersama bagi menunjukkan kebersamaan mereka dalam membawa agenda perjuangan BN..
Pertemuan ini dikatakan sebagai sebuah pertemuan bersejarah..mereka mencari titik persamaan dalam menjadikan Barisan Nasional terus kekal relevan di hati rakyat..
Perhimpunan tersebut dijadualkan pada hari sabtu ini bertempat di Dewan Choon, Wisma MCA..dijangkakan seramai 2000 pemimpin dari kedua-dua parti berkenaan akan hadir..
Apa kata pemimpin :
"Saya nak tekankan, dalam parti kita, kita telah sematkan semangat BN. Saya nak maklumkan beberapa perkembangan, Sabtu ini, MCA dan Gerakan akan mengadakan satu pertemuan buat kali pertama dalam sejarah BN, akan bersama-sama dalam satu ikatan yang padu dan kukuh." Datuk Seri Najib Razak
"Perhimpunan Bersama MCA-Gerakan yang dihadualkan pada hari sabtu ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerja yang bauk antara dua parti komponen Barisan Nasional (BN)"
"Ia juga untuk menyatakan komitmen dan tekad kami dalam persiapan bersama untuk pilihan raya umum akan datang dan membentangkan pencapaian masing-masing" kata Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan dan rakan Gerakannya, Liang Teck Meng..
Sebenarnya kerjasama MCA dan GERAKAN ini mampu mengembalikan kepercayaan kepada dua parti itu..mereka mempunyai sejarah yang hebat..jika kena acuannya masyarakat Cina akan kembali kepada BN..
Apa yang penting ketika ini ialah semua parti komponen BN perlu membawa satu nama sahaja iaitu BN dalam memastikan kemenangan PRU14 nanti..
Tatkala parti pakatan berkecamuk..masing-masing mahu menunjukkan ego masing-masing..ini peluang keemasan bagi BN untuk menawan balim hati rakyat...
Mahathir kini sudah kritikal..banyak serangannya melalut..memaki orang lain dan menyalahkan semua orang untuk memastikan rakyat tahu yang Mahathir individu suci tanpa melakikan sebarang dosa ketika memerintah..Puih!!!