Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

KETUA BAHAGIAN PPBM DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN KERANA AGM SYOK SENDIRI!!KAHKAHKAH!!!

$
0
0

Alamak..baru sahaja AGM PPBM yang dibanggakan parti bunga melabuhkan tirai..timbul pula bermacam-macam kritikan terhadap parti Mahathir..

Lebih malang serangan tersebut dilakukan oleh ahli PPBM sendiri yang mana mendesak Mahathir meletak jawatan dalam PPBM..

Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Che Onn berkata AGM PPBM tidak sah kerana tidak memenuhi perlembagaan parti..

Jika tidak memenuhi perlembagaan PPBM boleh dibubarkan atau mengalami masalah dalam pertubuhan berkenaan...

ROS perlu mengambil tindakan terhadap PPBM yang tidak mematuhi perlembagaan parti...kami yakin macai PPBM akan transfer kelemahan ini sebagai sabotaj yang dilakukan UMNO...depa mana nak mengaku kelemahan diri...

Nanti bila ROS ambil tindakan yang disalahkan BN juga..gila!!

Nasihat kami buat Che Onn..eloklah anda keluar parti..jika tidak anda mungkin akan dipecat kerana melawan Mahathir..kahkahkah!!!

Ikuti cerita selanjutnya di bawah!!!

*Dakwa AGM Tidak Sah, Ahli PPBM Desak Dr Mahathir Letak Jawatan Parti*

1. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) digesa membuat siasatan terperinci terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Sabtu lalu kerana didakwa tidak mengikut perlembangaan parti.

2. Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che Onn yang membuat dakwaan itu berkata AGM pada Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

_“Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan._

_“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak RoS membuat siastan terperinci berhubung perkara ini,”_ katanya.

3. Sabtu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.

4. Amerus berkata AGM PPBM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.

_“Matlamat sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan,”_ katanya.

5. Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.

6. Sebelum ini, RoS memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu *tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.*

*Sumber:* _Bernama_

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665