Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Anak Jantan Seperti Tan Sri @AnnuarMusa Menyerang Mahathir Seorang Diri..Tapi Boboi Melawan Bawa Geng..Bapak Pula Guna ISA Untuk Terus Berkuasa!!

$
0
0


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa meneruskan serangannya ke arah DAP dan Mahathir membuatkan kem pembangan tidak selesa dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri..

Terbaru, Tan Sri Annuar menyerang Mahathir dengan menyatakan orang Melayu yang menyokongnya ketika di dalam Barisan Nasional ialah orang Melayu yang menyokong UMNO dan bukannya faktor Mahathir..kenyataan tersebut dikeluarkan ketika Forum UMNO Online, bertajuk 'UMNO - Parti Untuk Masa Depan' yang berbunyi :

“Waktu saya bekerja untuk Mahathir, saya menghadapi masalah menyakinkan orang Melayu. Orang Melayu yang menyokong PAS sekian lama tolak Mahathir. 
“Orang Melayu yang ikut Mahathir pula, adalah orang Melayu yang ikut kerana Umno-nya, bukan Mahathir-nya. 
“Jadi orang Melayu yang ikut Mahathir kerana Mahathir, jumlahnya tidak besar,” 
"Dari jumlah (penyokong) yang tidak besar (ketika ini) pula, tengok cara Mahathir sekarang, yang menggugat kewibawaannya sendiri 
“Saya tak fikir Tun M boleh take for granted orang Melayu nak ikut beliau,” katanya.
Kita perlu bercakap mengenai perkaa yang realistik dan tidak perlu berpura-pura..pertamanya ketika Mahathir umum keluar parti yang ikutnya hanyalah Muhyiddin dan Mukrhriz..dari situ kita dapat lihat betapa tidak berpengaruhnya Mahahtir..jika Mahahtir mempunyai power dan pengaruh..sudah tentu ramai pemimpin UMNO akan turut serta menyertainya...

Selepas itu barulah ahli-ahli bawahan yang mana pemimpin peringkat cawangan UMNO turut serta..itu pun berapa kerat sangat..ada yang dah keluar UMNO masuk parti Mahathir kemudian umum keluar semula kerana terasa dianak tirikan...kahkahkah!!!

Hakikat ini pahit untuk ditelah pemimpin-pemimpin bunga Mahathir..Ia amat menyinggung perasaan boboi yang mana terasa hati bila kenyataan tersebut kena kepada bapanya..sebagai anak, boboi perlu memikirikan untuk melancarkan serangan balas..

Nampaknya untuk menyerang balas Tan Sri Annuar Musa, boboi tidak boleh berseorangan..maka dia perlukan teman..4 orang diperlukan untuk membalas hujah Tan Sri..lucukan?


Malangnya hujah balas boboi tidak cukup padu..kenyataan dikeluarkan Tan Sri berkisar kepada orang UMNO tidak ikut Mahathir kerana mereka menyokong parti melebihi individu bernama Mahathir..tetapi serangan balasnya pula mengungkit kemenangan BN era Mahathir ialah 2/3..

Ini hujah budak sekolah pra matang..jika DS Najib melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Mahathir sudah tentu lebih dari 2/3 BN boleh berkuasa..tetapi DS Najib perlu membuat beberapa keputusan tidak popular bagi menyuburkan demokrasi yang telah mati diera Mahathir...

Mahathir ketika pemerintahannya diakui ramai seorang yang kuku besi..bermacam-macam gelaran dilabelkan sehingga penghinaan kepada Mahafiraun..apakah ketika itu Boboi berbangga BN menang 2/3 tetapi semuanya dikawal ketat?

Pahlawan sebenar akan berlawan dengan musuh dengan tangan kosong..di era Mahathir dia menang sebab musuh diikat tangan dan mulut..

Diera Mahathir rakyat ditakutkan dengan ISA..mahasiswa pula dengan AUKU..siapa lebih sumbat kamunting!!apakah ini yang dibanggakan Mukhriz Anak Lelaki Mahathir??

Umpamanya, GST..cadangan ini diera Mahathir tetapi takut kerana takur hilang sokongan walaupun cukai tersebut amat baik kepada negara..subsidi minyak ditarik balik ini helah pakatan..diera Mahathir jika jumlah kenderaan sebanyak hari ini, kami yakin Mahathir tidak mampu memberi subsidi minyak..percayalah!!!

Mahathir tidak usahlah nak berbangga sangat dengan pencapaian menang 2/3.pada era anda anda menggunakan ISA..baca pengakuan bekas tahanan ISA yang menjadi mangsa Madir!!!
BEKAS tahanan ISA, dari kiri, Lim Chin Chin, Dr. Nasir Hashim, Moderator, E. Nalini, Irene Xavier dan Dr. Kua Kia Soong ketika forum awam 'My Side Of Story' sempena Sambutan Memperingati 30 Tahun Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
Bekas tahanan ISA kecam Dr Mahathir 
'Taubat' Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyertai pakatan pembangkang disifatkan sekadar sandiwara, selain tidak menghapuskan kesalahan lampaunya selama 22 tahun.


Selain terpalit dengan skandal kewangan dan amalan kronisme menerusi kepemimpinan 'kuku besi', bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai 'hutang' dengan 106 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diberkas ketika zaman pemerintahannya.

Penasihat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong, yang ditahan dua kali menerusi ISA, iaitu pada 1987 dan 1996, berkata keputusan Dr Mahathir beralih arah ke pakatan pembangkang adalah hanya bermotifkan dendam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak pernah menyesali perbuatannya memanipulasi ISA dengan menahan 106 orang demi kepentingan peribadi dalam dunia politik.

"Sejak bersara, beliau asyik merapu saja setiap kali orang tanya mengenai Operasi Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Justeru, tiada istilah taubat dalam kamus Dr M (Tun Mahathir).

"Selepas 30 tahun, tiba-tiba beliau hanya tahu jawab 'eh, saya tak ingatlah apa yang terjadi'," katanya dalam nada berseloroh ketika menghadiri Forum Awam 'Sisi Cerita Saya' sempena tiga dekad Operasi Lalang, di sini, malam ini.

Forum anjuran SUARAM di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur itu turut dibarisi tiga pembahas lain yang juga bekas tahanan ISA, iaitu Dr Nasir Hashim; Irene Xavier dan Lim Chin Chin.

Kia Soong berkata, Dr Mahathir tidak layak menggunakan perkataan 'kleptokrasi' ketika berkempen untuk meraih undi kerana pengerusi pakatan pembangkang itu disifatkan 'kepala lanun' selama 22 tahun menerajui negara.

"Beliau sudah 'sapu licin' Malaysia sampai kering, kemudian sibuk menuduh orang lain sebagai pemimpin yang mengamalkan 'kleptokrasi'," katanya.

Sementara itu, Irene yang juga bekas tahanan ISA pada 1987 mendedahkan dirinya dipukul oleh pegawai penyiasat kerana didakwa menipu ketika memberikan pengakuan.

Beliau berkata, tindakan agresif itu dilakukan ketika berada di kem tahanan Kamunting kerana didakwa mempunyai kepercayaan komunis yang menebal.

"Sehingga kini saya dibelenggu kisah silam sepanjang berada dalam tahanan ISA, malah sukar untuk gambarkan apa yang dilalui selama 60 hari itu," katanya.

Hashim yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula berkata, penahanannya menerusi ISA adalah mangsa manipulasi politik yang didalangi Dr Mahathir.

Katanya, keadaan sel tahanan berasingan di kem Kamunting direka untuk menyeksa banduan, berbanding melaksanakan program pemuliharaan.

"Dalam sel tahanan tiada langsung lubang pengaliran udara sampai saya rasa sesak nafas. Itu betapa teruknya keadaan di sana (Kamunting)," katanya.

Chin Chin yang turut berkongsi kisahnya ketika menjadi tahanan ISA, berkata peluang untuk bertemu dengan keluarga hanya sekali, malah berlangsung untuk tempoh 10 minit.

Pertemuan itu, katanya, seolah-olah hanya peluang untuk mengucapkan 'hello' dan 'bye' kepada ahli keluarga yang datang menziarah, sebelum diarahkan kembali ke sel tahanan.

"Pada mulanya saya ditahan 60 hari sebelum Dr Mahathir lanjutkan tempohnya kepada tiga tahun. Semua 106 mangsa ISA ketika itu ibarat 'gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah'," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665