Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar Dialih Bagi Kelancaran Trafik

$
0
0

Bagi melancarkan aliran trafik di ibu kota, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan media telah mengumumkan bahawa Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar akan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas.

Ini bermakna bas tidak dibenarkan menunggu atau parkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja..

Perubahan ini dilaksanakan bagi mengawal aliran trafik lebih-lebih lagi ketika waktu puncak..hasil dapatan daripada pihak SPAD menunjukkan bas merupakan penyumbang kepada kesesakan lalu lintas di kawasan Medan Pasar (Berdekatan HSBC)..

Dalam pada itu, HAB Lebuh Pudu juga menyediakan kemudahan dan tempat berteduh yang lebih selesa bagi keselesaan pengguna..

Peralihan ini akan melibatkan kira-kira 50 buah bas yang dikendalikan Syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setaya Jaya Sdn Bhd.

Berikut ialah senarai laluan yang dikeluarkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan SPAD :
Perkhidmatan yang terbabit bagi Selangor Omnibus adalah  bagi laluan 100, 103, 104, 107, 120, 121 & 122, manakala bagi Setara Jaya adalah laluan 151 & 152. Bas -bas tersebut akan menamatkan perjalanan di HAB Lebuh Pudu di hadapan Emporium Mydin Sinar Kota, yang terletak 350 meter daripada HAB Medan Pasar.  
Para penumpang boleh mendapatkan maklumat yang mana telah dipamerkan di dalam bas-bas terlibat serta di HAB Medan Pasar dan Lebuh Pudu sejak minggu lalu..

Kakitangn SPAD, kakitangan daripada Selangor Omnibus dan Setara Jaya akan bertugas pada Sabtu, 23 Disember 2017 ini di hentian Medan Pasar bagi memantau dan membantu para pengguna..

Selepas perubahan ini, bermakna akan ada 3 HAB di Pusat Bandar Kuala Lumpur iaitu HAB Munshi Abdullah bagi koridor Ampang, HAB Pasar Seni bagi koridor Lebuhraya Persekutuan & Jalan Klang Lama, dan HAB Lebuh Pudu, yang mana akan merangkumi bas-bas yang menjalankan perkhidmatan bagi koridor laluan Cheras, Sungai Besi, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang. HAB Lebuh Pudu juga digunakan oleh bas-bas Nadi Putra, Seri Indah dan RapidKL. 

Sekiranya penumpang ingin mendapatkan maklumat secara terperinci boleh menghubungi hotline SPAD di  1-800-88-7723 (SPAD) atau melalui facebook.com/SPAD.my atau Twitter di @SPADchannel atau melalui laman sesawang SPAD www.spad.gov.my. Selain daripada itu, pengguna  boleh menghubungi Selangor Omnibus di talian 03-6258 1579 atau Setara Jaya di talian 03- 4021 7692.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665