Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Institusi Pendidikan Akan Runtuh Jika Matlamat Menghalalkan Cara..

$
0
0

Kami membaca tulisan-tulisan yang membela tindakan seorang guru yang dibawa ke mahkamah atas kesalahan melempang pelajar rasa geli hati melihat cara penulisan..

Apa tidaknya ada ke patut mengheret guru yang melakukan kesalahan melempang murid dikatakan ingin meruntuhkan institusi pendidikan..

Alahai cukup cetek pemikiran anda..

Kami memahami pelajar berkenaan melakukan kesalahan yang berat..menghasut rakan-rakan menghisap gam..ponteng dan lain-lain..

Tapi sebagai seorang guru apakah tindakan melempang itu sebagai penyelesaiannya?jika benar..tunjukkan dimana pekeliling membenarkan guru melempang pelajar..setahu kami yang dibenarkan hanyalah merotan pelajar...sepatutnya pelajar berkenaan dibuang sekolah..bukannya dilempang..

Mengikut undang-undang..jika palajar kerap ponteng maka tindakan sewajarnya ialah gantung sehingga amaran ketiga barulah buang..

Menghisap gam dan bergaduh itu kesalahan berat dan boleh dibuang..tetapi sebagai seorang guru anda telah melakukan kesilapan iaitu melempang..

Dan kami juga ingin memuji guru-guru memberi sokongan moral..tapi tidak kepada tindakan guru melempang pelajar..benar kata Menteri Pendidikan..menyokong rakan sekerja itu lumrah kehidupan..tp ingat menyokong tindakan melempang pelajar itu adalah tidak betul..

Pihak polis dan mahkamah menjalankan tugas mereka..pelajar itu juga rakyat Malaysia yang dilindungi undang-undang..

Melempang pelajar akan mencemar institusi pendidikan..matlamat tidak menghalalkan cara..

TAPI INGAT..JIKALAU GURU TERSEBUT DIDAKWA DIMAHKAMAH KERANA DIA MEROTAN PELAJAR YANG MENGIKUT SOP DAN BUKANNYA MELEMPANG..KAMI AKAN SOKONG CIKGU ITU TANPA KOMPROMI!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665