Sering terpapar di media massa kes-kes berkaitan kemalangan jalan raya..bermacam kaedah telah dilaksanakan bagi mencegah kemalangan di negara kita..kempen keselamatan jalan raya akan dilaksanakan setiap kali menjelang musim perayaan atau hari penting..
Ini menunjukakn betapa seriusnya kerajaan mencegah kemalangan di negara kita..melalui Kementerian Pengangkutan, Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai akan menubuhkan Majlis Keselamatan Pengangkutan Negara (MKPN)..
MKPN ini berperanan bagi memantau semua aspek keselamatan berkaitan keselamatan jalan raya, rel, aktiviti penerbangan dan maritim..
Menurut DS Liow "badan ini akan menjadi sebuah badan bebas dan berkecuali bagi menyiasat punca bagi mana-mana kemalangan di jalan raya, laut dan juga udara"
Cadangan ini merupakan satu daripada 51 cadangan yang diterima dan sebahagiannya telah dilaksanakan dan selebihnya dalam proses perlaksanaan..
MKPN setakat ini telah diluluskan penubuhannya dan kini dalam proses merangka penggubalan undang-undang berkaita MKPN..
Untuk rekod kadar kehilangan nyawa melibatkan bas adalah 0.6% dan lori sebanyak 3% daripada keseluruhan angka korban di Malaysia dari tahun 2008 hingga September 2017..
Bila dimuktamadkan nanti maka MKPN menjadi salah satu lagi usaha Kementerian Pengangkutan bagi mencegah kemalangan melibatkan darat, udara dan maritim di negara kita..
Biarpun bermacam-maca usaha telah dilaksanakan namun kemalangan terap terjadi..di sini memerlukan usaha berterusan pihak berwajib menjalankan usaha bagi memastikan kes kemalangan dapat dikurangkan..
Pihak kerajaan sentiasa mencari langkah terbaik bagi mengurangkan kes dan risiko kemalangan yang mana mampu meragut nyawa rakyat Malaysia..
Diharapkan usaha MKPN ini mencapai hasrat yang ingin dicapai bagi memantau aspek keselamatan jalan raya, rel, penerbangan dan maritim..ditambah pula ianya merupakan sebuah badan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak..