Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi pandangan mengenai 3 orang pemimpin kontroversi pembangkang iaitu Zaid Ibrahim, Mahathir dan Kit Siang. Ketiga-tiga individu ini kami sifatkan sebagai individu expired yang sudah tamat tarikh luputnya dalam politik..
Zaid Ibrahim baru-baru ini telah membuatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka kepadanya apabila Zaid menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.
Walhal, Sultan Selangor cuma bertitah tentang kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi..titah Sultan Selangor hanyalah bersifat umum tetapi Zaid bertindak kurang hajar apabila mempertikaikan titah tersebut..
Zaid Ibrahim yang juga ahli DAP telah mendapat kecaman banyak pihak..semalam patungnya di bakar oleh Dato Jamal di PWTC..
Pada pandangan Tan Sri Annuar Musa, Zaid Ibrahim bukan orang penting dan tiada pengaruh.
Menurut Tan Sri "Biarkan dia seorang, dia sudah hilang kewibawaan sama sekali. Zahid tidak ada apa-apa di belakangnya. Dia bukan wakil rakyat. Dia juga bukan ada parti yang berdiri di belakangnya. Malah dalam DAP sendiri dia hanya picisan, not even a CEC member. Even DAP pun tak peduli dengan dia sebab mereka tahu he is a liability kepada DAP. Paeti-parti lain pun sudah reject dia.
Berkenaan siapa calon Perdana Menteri daripada Pemimpin Pakatan, Tan Sri Annuar Musa berkata PKR mahukan Tun M tetapi DAP pula kata tidak mahu..DAP lebih percaya kepada Anwar untuk menjadi PM..
Pada masa yang sama juga DAP mahukan Wan Azizah menjadi Perdana Menteri..Ini semua strategi jahat DAP yang mahu memecahkan undi Melayu..DAP gunakan strategi menyokong Anwar jadi PM padahal Anwar dalam penjara..Wan Azizah pula hanyalah suri rumah yang dipertanggungjawabkan mengambil alih tugas Anwar...
Menurut Tan Sri Annuar Musa, "DAP tidak pernah setuju dengan Mahathir tetapi bagi mengalihkan perhatian orang daripada meletakkan kesalahan kepada Kit Siang maka DAP menggalakkan Mahathir ke hadapan".
"Pada pandangan saya, itu hanyalah lawak..ini semua adalah satu 'game'. Sebab bila semua berpecah PKR, PAN, PPBM tak kuat maka DAP akan meneruskan dominasi dalam Pakatan Pembangkang."katanya lagi
Dalam hal ini, DAP paling bijak bermain politik..mereka akan bercakap bila perlu sahaja..kita dapat lihat bahawa Mahathir seperti dibodohkan apabila Mahathir sendiri bermati-matian mempertahankan DAP kononnya DAP parti suci..walhal bila Mahathir diserang teruk ketika isu Forest City, DAP buat tak tahu sahaja..
DAP memang mengharapkan orang Melayu berpecah belah supaya mereka senang untuk Skrew kita apabila mereka mendominasi dalam Pakatan..Nauzubillah..mintak dijauhkan Pakatan memerintah!!!