PAKAIAN BUKAN ISLAM DIANGGAP NAJIS MUGHALAZZAH
Johor Bahru, 23 September: Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut menyokong tindakan melarang bukan Islam berkongsi mengguna dobi layan diri. Beliau bimbang pakaian yang dimasukkan ke mesin basuh layan diri mengandungi najis mughalazzah yang tidak dibersihkan terlebih dahulu.
Ulas beliau lagi, orang Islam perlu pandang serius isu najis mughallazah ini sebab najis dan kotoran berbeza. Jika hanya kotor boleh dibawa sembahyang tetapi jika bercampur dengan najis mughalazzah ia tidak boleh dibawa sembahyang.
Sementara itu, Mufti Negeri Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata "konsep dobi dan Islam syarat yang perlu diberi keutamaan adalah terhindar daripada najis berat atau mughallazah. Syaratnya supaya tidak ada najis mughallazah dan ringan, sebab ada menyebabkan kita (umat Islam) tidak berani nak hantar takut tercampur"
Beberapa netizen bukan Islam telah menyindir peraturan ini dan melahirkan kekecewaan apabila tokoh agama dan mufti seolah-olah menganggap mereka dan pakaian mereka adalah najis berat. Rata-rata mereka menganggap peraturan ini sebagai satu penghinaan kepada bukan Islam. Ujar mereka lagi, "orang ini akal sempit dan kolot"
Seorang tokoh agama tempatan ketika ditemui menyokong saranan ini dan menganggap umat Islam boleh menarik nafas lega sekiranya semua dobi layan diri dikhaskan untuk orang Islam sahaja. "Mazhab Syafie yang diamalkan di negara kita lebih mengambil sikap berhati-hati dalam perkara najis mughalazzah. Mana-mana kedai dobi yang didapati telah membiarkan bercampurnya pakaian bukan Islam yang mengandungi najis mughalazzah, hendaklah disamak semua mesin dan peralatan"
- Sasaran Berita