Tanggal 3 Jun 2010 merupakan detik penting buat negara kita dalam mentransformasikan pengangkutan awam darat..ketika itu YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak telah menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..
SPAD ditubuhkan daripada idea DS Najib bagi mengemudi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara, dengan tujuan memastikan pengangkutan awam darat negara sentiasa berkembang dan bertambah maju dari semasa ke semasa, selain menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat Malaysia..
Ia bukan tugas yang mudah kerana memerlukan penglibatan pelbagai pihak bagi mencapai agenda transformasi pengangkutan awam..
SPAD terus melaksanakan segala impian cetusan DS Najib untuk menjadikan ia realiti dan pencapaian yang harus dibangga rakyat negara kita..
Pembangunan infrastruktur dan dihubungkan dengan pelbagai mod pengangkutan awam telah memudahkan rakyat..umpamanya pembinaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS)..kita lihat hari ini negara kita sudah mencapai standard kemudahan pengangkutan awam setaraf negara maju..
Impian DS Najib ialah mahu rakyat memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam..oleh itu pembangunan infrastruktur perlu dititik beratkan..seterusnya kualiti dan masa menunggu pengguna harus diutamakan...
Ia bukan tugas mudah kerana melibatkan banyak pihak..pelbagai inisiatif kerajaan telah diberikan kepada pemain industri ini..bermula bantuan Tayar pemandu teksi..sehinggalah kini ramai pemandu teksi telah dibebaskan dari sistem pajak..
Ditambah pula dengan aplikasi e hailing yang mana pengguna mempunyai banyak pilihan seperti Uber dan GrabCar..
Dahulu setiap bas ada konduktor bas untuk membeli tiket dan menebuk tiket..sekarang semuanya boleh dilakukan dengan mudah..pengguna perlu menukar token..ataupun membayar mengikut amaun untuk menaiki bas..
Sistem tiket ini juga harus diberi nafas baru supaya lebih segar dan memudahkan pengguna..akan datang semuanya urusan pembayaran perlu melaluinkad Touch n Go..ia lebih mudaj dan efektif..
Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Seri Nancy Shukri baru-baru ini..
"Semua sistem pengangkutan awam di Malaysia akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch n Go menjelang 2019..
Ketika ini sistem Touch n Go hanya dilaksanakan untuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa sahaja..
Pada masa ini, semua pemain pengangkutan awam bersedia dengan sistem ini dan perlu bersedia mengalami perubahan menjelang 2019..
Perkhidmatan KTM Komuter sahaja mempunyai sistem berbeza..oleh itu mereka digesa untuk bekerjasama dengan pihak Prasarana bagi tujuan itu..
YB Nancy menjelaskan bahawa pada masa akan datang semua penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk senua pengangkutan awam termasuk bas..
Sudah tentu cara ini memerlukan masa dan kos untuk berubah kerana ia juga melibatkan keperluan teknologi seperti pengesan global (GPS)..
Kami yakin perubahan ini tidaklah mengejutkan pengguna kerana mereka juga perlu menggunakan Touch N Go untuk membayar tol...
Setiap perubahan perlukan kesediaan..pastinya setiap rakyat perlu beesedia menerima perubahan sebagaimana saranan DS Najib untuk mentransformasikan industri pengangkutan awam darat..