Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Haiya Guan Eng..Pulau Pinang Banjir Lagi Low..Mana Janji You?

$
0
0

Baru-baru ini Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir..sampai bila masalah ini akan berlarutan..you sudah janji mahu kasi selesai ini masalah sejak merampas kuasa dari Barisan Nasional..

Sehingga ke hari ini masih lagi tidak selesai..rakyat sudah banyak rugi harta benda...kereta rosak..rumah masuk air..orang hendak bisnes tak boleh..

You senang saja beri alasan hujan banyak turun..dahulu masa Kelantan awal tahun 2015 you kutuk Kelantan dilanda banjir kerana rasuah..

You fikir rakyat buta ka?air hujan warna jernih..tapi itu banjir warna tanah..siapa punya hal?tangan manusialah kasi itu hutan tebang jual buat duit..

You tarak tau ka puncanya you gagal dan tidak cekap membina sistem tebatan hujan..habis bukit jadi botak kerana projek lereng bukit yang diluluskan sewenang-wenangnya..penerokaan haram Bukit Relau..

Makan boleh sebarang makan..beer boleh minum..tapi cakap you jangan sebarang cakap..you lupa ka you kata mahu selesai isu banjir sebelum PRU13...

See!!!apa sudah jadi sekarang..itu you punya macai Ahli Parlimen DAP, Ng Wee Aik dulu riuh angkat kain sepanduk kata DAP berjaya selesai masalah banjir..you tengok apa sudah jadi??

Banjir lagi woo!!!

You dulu kutuk MCA tak buat kerja..sekarang MCA Pulau Pinang pula kata you tak buat kerja!!you cakap banjir sebab hujan banyak!!mana peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat kepada kerajaan Penang???

You buta ka?tak tahu yang Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) dalam Laporan Audit Pulau Pinang 2016 sudah beri teguran..

Kenapa sekarang baru mengaku gagal salur dana lingkungan RM 22.09 juta hasil caruman perparitan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri sejak 2008 hingga Jun tahun lalu..

Dana bernilai RM 22.09 juta yang dinyatakan dalam Laporan Audit 2016 dikatakan hanya merangkumi jumlah caruman perparitan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dan tidak termasuk nilai tertunggak di Majlis Bandaraya Pulau Pinang...

Jangan banyak beri alasan..mahu salahkan kerajaan BN pusat tak bantu..you kalau nak BN bantu dan you tak buat apa-apa..letak jawatan sajalah..isu rasuah you kat mahkamah pun tak setle lagi..

Dulu masa kempen PRU 12 you janji mahu kasi selesai isu banjir ini dalam tempoh satu penggal sahaja..sekarang sudah dua penggal..nak kempen PRU 14 masih tak setle isu banjir ini..

Janganlah bodohkan rakyat dengan janji kosong..Pahang banjir you kata kerajaan negeri buat rasuah sampai gagal urus pembinaan tebatan banjir tidak dilakukan dengan baik..

Sekarang Pahang sudah atasi masalah banjir..tak macam penang..10 tahun perintah banjir masih berlaku..bila kena kutuk you minta nyawa dari kerajaan Pusat bantu duit..

MCA Penang kutuk sikap bermuka-muka Guan Eng..dengan melabelkan banjir kerana rasuah jika ikut logik Guan Eng..

You jangan main-main sama rakyat..mereka boleh undi siapa yang mereka mah..you gagal selesai banjir..kita kasi ubah Pulau Pinang..beri Barisan Nasional sepenggal..kita tengok macamana BN ajar you setlekan hal banjir ni!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665