Quantcast
Channel: HARAPAN ESOK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665

Sokongan Masyarakat Cina Kepada DAP Merosot..Bakal Kembali Semula Kepada BN #PRU14..

$
0
0

Ketika ini mood terarah kepada Pilihan Raya Umum ke-14..apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen sahaja ini bermakna kempen akan bermula dan rakyat akan menilai parti mana yang perlu diberikan kepercayaan..Barisan Nasional atau Pakatan Harapan..

Bercakap mengenai data sokongan terkini..kita terarah kepada sokongan masyarakat Cina..pada PRU 13 telah berlakunya tsunami cina dimana 85% pengundi Cina berpihak kepada DAP...

Data PRU13 bukanlah kajian sikap yang tepat dan jitu untuk mengukir tahap sokongan masyarakat Cina..kita akan ambil  data sokongan terkini iaitu PRN Sarawak, PRK Teluk Intan, Sg Besar dan Kuala Kangsar..

Jika DAP mendabik dada yang sokongan masyarakat Cina terarah kepada mereka itu satu kesilapan..berdasarkan PRN Sarawak, DAP diaibkan dengan begitu teruk sekali..mereka kehilangan 5 kerusi yang majoritinya masyarakat Cina pada PRN lalu..masyarakat Cina beralih untuk menyokong BN di Sarawak..


Ini dikuatkan lagi dengan statement Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini yang berbunyi:

"MCA kini bertambah kukuh dan bertambah fokus..Kami yakin akan dapat melakukan lebih baik dari pilihan raya yang lalu"

Keyakinan ini bukan cakap-cakap kosong..pasti ada 'senjata rahsia' yang dipelajari MCA dengan rakan komponen di Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang dilihat berjaya membawa perubahan besar mengembalikan keyakinan masyarakat Cina pada PRN Sarawak yang lalu..


DAP seakan yakin Pakatan Harapan boleh menang besar tanpa sokongan orang PAS..perlu diingat penyokong PAS sebenarnya yang banyak membantu Pakatan Rakyat menang pada PRU yang lalu..

Sejarah sudah membuktikan Barisan Nasional dan PAS merupakan sebuah parti yang berpengalaman kerana usia parti..penyokong PAS merupakan kedua terbesar selepas UMNO...

Tidak percaya?boleh lihat sendiri hinpunan jalanan yang dianjurkan sebelum ini...majoriti besarnya ialah orang PAS..sebab itu sekarang ini pembangkang tidak lagi menggunakan template demonstrasi jalanan..

Ada 2 sebab..pertama mereka tahu kekuatan mereka tidak seberapa..selama ini pun mengharapkan sokongan penyokong PAS untuk meramaikan demonstrasi.....kedua..mereka tahu bahawa agenda yang dibawa selama ini sia-sia..rakyat sudah tidak yakin dengan agenda yang diperjuangkan..BERSIH 1 hingga 4..himpunan kebangkitan rakyat dan macam2 lagi..

UMNO pula semakin ditekan semakin padu..PRU 13 mencatatkan peningkatan sebanyak 9 buah kerusi menjadi 88 kerusi..

Pakatan tidak usahlah mendabik dada kerusi mereka akan bertambah..jangan lupa anda telah kehilangan undi dan kerusi daripada PAS..untuk mencapai apa yang Pakatan pernah dapat pada PRU 13 pun belum tentu lagi...

Kehadiran Mahathir bukannya menambahkan sokongan tetapi menjadikan sebagai agen perpecahan dalam pakatan sendiri..ditambah pula dengan bermacam-macam skandal dan kes yang membelenggu kem pakatan..kami yakin PRU 14 akan berpihak kepada BN untuk yang ke-14 kali..

Kun fa ya kun..jika Allah kata jadi maka jadilah...jika Allah nak kekalkan kemenangan BN maka kekallah BN...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1665